Berita

Teruskan hasrat untuk berduet | Harian Metro

Teruskan hasrat untuk berduet | Harian Metro 2

SELEPAS lapan minggu berjuang, akhirnya pasangan Khareez dan Nadeera dinobatkan sebagai juara program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2), sekali gus mengalahkan empat pasangan lain yang bertanding.

Atas kemenangan itu, Khareez dan Nadeera berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM50,000 dan bakal hadir dengan single duet serta muzik videonya.

Lagu Ceritera Cinta dan Kuch Kuch Hota Hai dendangan mereka di pentas akhir yang berlangsung Ahad lalu berjaya memukau juri, bahkan turut mencuri perhatian penonton untuk meraih jumlah undian tertinggi.

Khareez atau nama sebenar Khareez Kasbummah, 26, ingin meneruskan hasratnya untuk terus berduet bersama Nadeera sekali gus mencipta karier bersama.

“Harapan saya adalah semoga kami dapat meneruskan lagi kerjasama selepas ini untuk dapat bersama-sama membina karier muzik ini pergi lebih jauh lagi.

“Walaupun kami adalah penyanyi solo dan masing-masing akan keluarkan single solo, karya duet masih tetap akan menjadi fokus utama kami,” katanya.

Berkongsi mengenai program ini, Khareez menganggap ia adalah platform terbaik buatnya untuk menimba ilmu mengenai muzik.

“Program ini menampilkan kelainan kerana mempertaruhkan cabaran buat pasangan duet.

“Setiap minggu, kami cuba tampilkan persembahan berbeza dengan menyampaikan pelbagai konsep lagu,” katanya.

Bagi Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 27, tanggapannya mengenai persembahan duet tidak semudah yang disangka.

“Pada awalnya, kami anggap persembahan duet itu tidak susah. Namun, ia sebenarnya lebih susah daripada nyanyian solo.

Juara LCK2, Khareez dan Nadeera letakkan karya duet sebagai fokus utama bina karier muzik
Juara LCK2, Khareez dan Nadeera letakkan karya duet sebagai fokus utama bina karier muzik

“Apa pun, saya ingin teruskan kolaborasi ini di masa depan dan berkarya bersama dengan Khareez,” katanya.

Ditanya mengenaj jodoh kedua-dua mereka, Nadeera memberi jawapan ringkas, namun seperti masih berselindung.

“Perasaan tak boleh ditipu,” katanya.

Bagi Khareez, dia tidak menolak sekiranya Nadeera adalah jodohnya.

“Saya sukakan keperibadiannya dan saya tak menolak kalau ada jodoh antara kami. Tapi, saya serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Ketua juri, Ajai, menganggap kemenangan pasangan Khareez dan Nadeera adalah satu keputusan yang sudah dijangka.

“Walaupun ada sebahagian markah berdasarkan undian penonton, saya yakin, penonton juga bijak menilai mengenai persembahan, nyanyian dan sebagainya.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya harap, mereka dapat bekerja dengan lebih keras untuk menempatkan nama mereka dalam industri,” katanya.

Penerbit Eksekutif LCK2, Sufian Isa pula berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian dan kualiti yang ditunjukkan oleh program musim kedua ini.

“LCK2 sudah membuktikan bahawa ia dapat menarik perhatian ramai penonton dan mendapat sambutan yang baik.

GABUNGAN persembahan menarik di LCK2 yang menghiburkan.
GABUNGAN persembahan menarik di LCK2 yang menghiburkan.

“Mengenai musim ketiga, saya tak dapat katakan apa-apa lagi buat masa sekarang kerana banyak aspek yang perlu dipertimbangkan.

“Sekiranya ada sebarang keputusan selepas ini bersama pihak stesen dan penaja, kami akan maklumkan,” katanya.

Tempat kedua dimenangi oleh pasangan Syafiq dan Serra, sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Sementara itu, pasangan Iss dan Mya berjaya meraih tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Pasangan Kael dan Evie serta Adly dan Darling pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Kedua-dua pasangan itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000 dan RM10,000.

LCK2 membariskan barisan juri yang terdiri daripada Ajai, Mas Idayu dan Hael Husaini.

Selain persembahan kesemua pasangan peserta, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada gandingan pengacara, Azwan Ali dan Elly Mazlein, artis jemputan, Zizi Kirana dan Dayang Nurfaizah, termasuk diceriakan dengan celoteh tetamu jemputan, Rozita Che Wan.

Teruskan hasrat untuk berduet | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo