Artikel Terkini

Thailand kekalkan kadar dasar rendah, turunkan prospek KDNK

Thailand kekalkan kadar dasar rendah, turunkan prospek KDNK 1

Thailand kekalkan kadar dasar rendah, turunkan prospek KDNK 2

Thailand kekalkan kadar dasar rendah, turunkan prospek KDNK 3

BANGKOK: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank of Thailand (BOT) sebulat suara memilih untuk mengekalkan kadar dasar pada paras rendah 0.50 peratus, dan menurunkan prospek ekonominya bagi tahun ini susulan pandemik COVID-19.

MPC telah menurunkan kadar dasarnya tiga kali tahun ini – daripada 1.25 peratus kepada 1.00 pada Februari, turun kepada 0.75 peratus pada Mac dan dikurangkan lagi kepada 0.50 peratus pada Mei.

MPC dalam satu kenyataan berkata ekonomi negara itu akan terus menguncup pada 2020 akibat kesan pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya dan langkah-langkah pembendungan yang dilaksanakan kemudiannya yang menjejaskan aktiviti ekonomi global.

“Kegiatan ekonomi dijangka pulih secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini di negara-negara yang dapat membendung wabak itu secara berkesan, termasuk Thailand,” kata kenyataan itu.

Dasar monetari yang akomodatif, serta langkah fiskal, kewangan dan kredit yang dilaksanakan akan membantu mengurangkan kesan buruk wabak tersebut, menyokong pemulihan ekonomi pasca-COVID-19 dan mengurangkan risiko kestabilan kewangan.

Sementara itu, BoT menurunkan jangkaan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2020 kepada penurunan 8.1 peratus daripada 5.3 peratus yang diunjurkan pada Mac, tetapi menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK 2021 kepada lima peratus daripada tiga peratus yang dianggarkan pada Mac.

— BERNAMA



Thailand kekalkan kadar dasar rendah, turunkan prospek KDNK 2

Source link