Artikel Terkini

Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan

Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan 1

Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan 2

Di kala pandemik Covid-19 ini, ramai orang menghabiskan masa di rumah. Salah satu daripada rutin harian adalah dengan memasak. Dan terbaru, ramai yang kagum dengan mesin serba boleh yang digelar sebagai ‘Bibik Jerman’ iaitu Thermomix.

Kenapa?

Ia dikatakan mampu menjimatkan masa para isteri dari duduk di dapur dalam waktu yang lama dan tidak perlu menggunakan banyak bekas dan periuk untuk penyediaan memasak. Ia mampu memasak apa jua makanan seperti rendang, nasi lemak dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana untuk membasuh mesin ini?

Secara teknikal, ia boleh membasuh dirinya sendiri (self-cleaning). Anda perlu meletakkan sedikit air dan sabun, kemudian ia akan melakukan proses membasuh dan lebihan air itu kita boleh buang. Untuk kebersihan menyeluruh, basuhan secara tradisional menggunakan span dan sabun boleh dilakukan sekiranya terdapat sisa masakan yang sukar ditanggalkan.

Apa Sebenarnya Thermomix Ni?

Thermomix adalah peralatan dapur yang dibuat oleh Vormerk Corporate Group. Nama mesin ini adalah gabungan perkataan “thermo” (memanaskan) dan “mix” (campuran). Thermomix yang baru ini mempunyai elemen pemanasan, motor untuk proses blending dan stirring secara pantas atau lambat serta mesin penimbang.

Mesin ini umpama gabungan beberapa peralatan seperti mesin pembuat roti, mesin steamer, pressure cooker, blender, periuk nasi dan juga mesin penimbang makanan. Thermomix TM5 mempunyai skrin sesentuh beserta pilihan resipi sebanyak 50,000!

Hanya tekan dan pilih jenis menu makanan yang ingin dimasak, sediakan bahan yang diperlukan dan masukkan ke dalam mesin satu-persatu mengikut apa yang dipaparkan di screen.

Asal-Usul Thermomix

Thermomix bermula sebagai mesin mixer yang dipanggil “VKM5” pada tahun 1961. Pada tahun 1970, pengarah urusan Vorwerk France mendapat idea untuk membuat revolusi mesin yang boleh blend dan juga memasak, buat sup dan makanan bayi yang ketika itu popular di Perancis.

Pada tahun 1971, Thermomix VM 2000 telah dilancarkan di pasaran -pertama di Perancis, kemudian di Sepanyol dan Itali. Setakat ini, sudah lebih 10 model Thermomix dikeluarkan.

Terkini adalah Thermomix TM6 (2019). 75% mesin terjual dibuat di Cloyes-sur-le-loir, Perancis. Selebihnya di Wuppertal-Laaken, Jerman. Kedua-dua kilang ini membangun dan berkembang bersama.

Baiklah, saya disini bukan ingin menggalakkan kita untuk membeli, cuma ia muncul dan menjadi popular di kala seluruh dunia dalam tempoh kuarantin dan hampir semua orang terpaksa duduk di rumah dan isteri perlu memasak.

Adakala isteri akan rasa “bestnya kalau ada mesin ini. Takdelah masa lama asyik di dapur ,potong sana-sini, kacau lama di dapur”

Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan 3
Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan 6

Ketika ini suami terpaksa dengar dan layan dulu, sebab harganya dikatakan harga kayangan iaitu:

Hampir separuh harga hantaran kahwin masa kini! Bagi yang belum memilikinya, menidakkan fungsi dengan harganya. Manakala bagi yang sudah ada, ia umpama pembantu yang efisyen bagi menolong kerja-kerja dapur.

Paling penting tanya poket. Jika mampu,silakan.

Namun tahukan anda, dengan modal RM6,888, apa yang boleh dilakukan?

1. Melabur

Ada pelbagai instrumen seperti melabur saham, unit amanah, robo-advisor dan banyak lagi.

Kalau melalui unit amanah yang mampu memberikan pulangan 10% setahun, melalui pengiraan “Rule 72”, ia mengambil masa 7.2 tahun untuk modal kita berganda.

2. Menyimpan

Boleh juga menyimpan (sambil melabur) di ASB atau Tabung Haji. Boleh juga dapat dividen tahun hadapan. Kalau dapat dividen dalam 5%, dapat jugalah dalam RM344.

3. Emas / Perak

Dengan modal RM6,888 dapat juga beli emas. Dengan harga semasa Public Gold RM256 untuk satu gram pada ketika artikel ini ditulis, maka boleh dapat 27gram emas. Kalau 1 dinar dengan harga RM1,084, boleh dapat 6 dinar sekarang.

Kalau beli perak, boleh dapat 2.5kg silver bar,kalau beli dirham boleh dapat 44 dirham dengan kadar RM155 untuk 10 dirham.

4. Takaful

Walaupun hanya duduk di rumah sahaja,sakit akan datang tak kira masa dan keadaan. Dengan peningkatan kes Covid-19, hospital kerajaan akan mendahulukan pesakit itu berbanding penyakit lain.

Jadi, pilihan lain adalah untuk ke hospital swasta. Kita hanya mampu buat persediaan, seterusnya adalah di atas kuasa-Nya.

Dengan memiliki kad perubatan takaful dan hibah takaful, ianya dalah langkah terbaik. Hibah takaful amat diperlukan bagi ketua keluarga.

Jika anda tiada, percayalah kehidupan keluarga anda sedikit terganggu kerana anda andalah “breadwinner” keluarga. Isteri pun perlu juga bersedia dengan segala kemungkinan.

Bayangkan apabila suami anda tiada, pergi outstation pun dah rindu, apa lagi jika betul-betul tiada. Rindu itu satu, kewangan untuk keperluan keluarga juga turut terhenti.

Sekarang yang penting adalah ‘Cash Is King!’ Boleh buat perkara tersebut terlebih dahulu:

  • Naikkan jumlah pelaburan, kawal perbelanjaan dan kumpul wang kecemasan
  • Sebelum berangan memiliki mesin serba boleh harga kayangan, siapkan diri dulu dompet dan aset umpama kayangan
  • Bukan hanya isi dompet umpama bayangan, kerana wang hilang akan pergi dan tak kembali

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Sumber Rujukan:

Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan 4

Thermomix, Mesin Serba Boleh Yang Menjadi Idaman Tetapi Dengan Harga Kayangan 2

Source link