Artikel Terkini

Tiada keperluan PRN segera di Selangor, Pulau Pinang dan NS

Tiada keperluan PRN segera di Selangor, Pulau Pinang dan NS
Tiada keperluan PRN segera di Selangor, Pulau Pinang dan NS 1

SEBERANG PERAI – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) setakat ini masih dengan pendirian tidak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow berkata, ini susulan perbincangan tidak rasmi pimpinan itu yang dibuat sebelum ini.

“Buat masa ini, kami masih mengambil kira beberapa perkara lain (sebelum mengadakan PRN) seperti sambutan Tahun Baru Cina, cuti sekolah, bulan puasa, hari raya, hari raya haji dan sebagainya.

“Yang pasti, ia (keputusan untuk tidak mengadakan PRN lebih awal) bukan berkaitan dengan BN (perbincangan untuk mengadakan kerjasama dengan Barisan Nasional), tetapi lebih kepada proses ‘pemulihan’ selepas PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) lepas,” katanya kepada pemberita di sini.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mendesak agar PRN diadakan segera di tiga negeri yang berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Selain tiga negeri berkenaan, tiga lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang ditadbir PH juga sedang menunggu waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya tersebut.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pihaknya mengambil maklum akan keinginan negeri-negeri di bawah PN untuk mengadakan PRN lebih awal.

Bagaimanapun katanya, bagi negeri-negeri di bawah PH pula, hanya Majlis Presiden yang boleh menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRN di negeri-negeri tersebut.

Kon Yeow sebelum ini dilaporkan terbuka untuk berunding dengan kesemua negeri yang belum mengadakan PRN bagi membolehkan ia dijalankan serentak di keenam-enam negeri yang terlibat sebagai sebahagian usaha memudahkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk tujuan itu. – KOSMO! ONLINE


Tiada keperluan PRN segera di Selangor, Pulau Pinang dan NS 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo