Infotainment

Tidak Mahu Dikesan Pihak Polis, Lelaki Ini Potong Gelang Pengawasan Sebelum Melarikan Diri

Tidak Mahu Dikesan Pihak Polis, Lelaki Ini Potong Gelang Pengawasan Sebelum Melarikan Diri 2

Sejak kebelakangan ini, kes COVID-19 di Malaysia semakin menaik dan rata-rata rakyat Malaysia telah mengambil inisiatif sendiri dengan mematuhi segala arahan yang diberi oleh pihak kerajaan.

Walaupun begitu, baru-baru ini seorang pesakit COVID-19 yang ditempatkan di wad Hospital Tampin telah membahayakan ramai pihak apabila beliau dipercayai melarikan diri serta memotong gelang pengawasan yang dipakai bagi mengelakkan dirinya dikesan.

Kini, pihak polis sedang mengesan lelaki tersebut yang difahamkan telah melarikan diri daripada hospital tersebut dengan melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi pihak Sinar Harian, lelaki tersebut dikenali sebagai M Gunasekaran, berumur 33 tahun dan beliau merupakan bekas banduan dari penjara Jelebu.

Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin on Wednesday, December 30, 2020

“Kejadian dikesan oleh Ketua Jururawat Wad 2C bahagian COVID-19, yang memaklumkan bahawa terdapat seorang pesakit yang positif COVID-19 telah melarikan diri dari Wad 2C.

“Pesakit yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor itu, telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut sumber, kali terakhir dilihat, pesakit tersebut memakai seluar jeans biru dan T-shirt berwarna hijau gelap.

Jadi, bagi sesiapa yang melihat atau terjumpa lelaki tersebut, dinasihatkan supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411222, atau anda boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyalurkan apa-apa maklumat berkenaan pesakit COVID-19 tersebut.

Baca juga perkongsian kami yang berjaya ‘trending’ pada minggu ini pada pautan di bawah.

Tular Hingga Ke Seberang, Netizen Indonesia Turut Tidak Senang Dengan Video ‘Instafamous’ Terkenal

Cukup Dengan Bumbung Untuk Berteduh, Keluarga ‘Proton Iswara’ Minta Hentikan Sumbangan

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen




Tidak Mahu Dikesan Pihak Polis, Lelaki Ini Potong Gelang Pengawasan Sebelum Melarikan Diri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo