Artikel Terkini

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020)

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 1

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 2

Indeks utama Wall Street jatuh lebih daripada 1.50%
pada Jumaat lalu (3 April 2020) dengan jumlah pengangguran yang mencecah 10
juta dalam masa dua minggu disebabkan pandemik Covid-19.

Dalam data terkini pada hari Jumaat, pertumbuhan jumlah pekerjaan di Amerika Syarikat selama 113 bulan berturut-turut berakhir berikutan pemberhentian pekerja secara mendadak di negara itu sejak tiga minggu lepas.

Penularan koronavirus yang semakin meningkat saban hari
terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat telah memaksa penduduk dunia
berkurung di rumah masing-masing. Hal ini menyebabkan aktiviti ekonomi
terhenti dengan kebanyakan sektor penting di ambang kejatuhan yang memaksa
mereka membuat penjimatan dengan pengurangan pekerja.

Indeks S&P 500 yang terdiri daripada 500 buah syarikat besar di Amerika Syarikat susut sehingga 27% dari paras tertinggi yang dicapai pada pertengahan Februari lepas. Ia bersamaan dengan jumlah US$7 trilion nilai pasaran yang hilang daripada indeks tersebut.

Pasaran Asia pada Isnin (6 April) mencatat prestasi yang agak
memberangsangkan dengan majoriti indeks saham utama merekodkan kenaikan
dengan Indeks ASX200 di Australia,
Nikkei (Jepun), Kospi (Korea Selatan), IDX (Indonesia) dan PSEi (Filipina)
masing-masing menokok lebih daripada 3%. Hal ini dipacu oleh sentimen pelabur
yang semakin pulih dengan jumlah kematian yang semakin berkurangan.

Walaubagaimanapun, Indeks Komposit Kuala Lumpur hanya mencatat kenaikan sebanyak 0.83% dalam penutupan pasaran hari Isnin (6 April 2020).

Dalam perkembangan pasaran komoditi hitam, penanda aras West
Texas Intermediate
(WTI) didagangkan di sekitar US$27 setong pada Isnin (6
April) selepas melonjak hingga US$29 pada Jumaat lepas.

Setakat ini pasaran minyak mentah merekodkan peningkatan
hampir 40% sejak mencecah paras terendah pada 31 Mac 2020 dipacu oleh ura-ura
pemotongan bekalan oleh pengeluar-pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Penularan koronavirus di Eropah menunjukkan tanda-tanda
semakin reda dengan Sepanyol dan Itali merekodkan penurunan jumlah kes sejak
beberapa hari lepas. Manakala di Amerika Syarikat, jumlah kes positif dikatakan
hampir mencecah paras tertinggi walaupun berlaku banyak ketidaktentuan dalam
usaha membendung virus tersebut di negara itu.

Berikut adalah tiga catalyst utama yang akan menjadi perhatian pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perkembangan Penularan Covid-19

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 3
Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 8

Jumlah kematian disebabkan virus Covid-19 di seluruh dunia
mencecah 70,000 orang pada Isnin (6 April), menurut data yang dikeluarkan oleh
Universiti John Hopkins. Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat pula memberi
amaran bahawa minggu ini akan menjadi tempoh yang paling mencabar dengan jumlah
kematian di negara itu menghampiri jumlah 10,000.

Sehingga hari ini, Amerika Syarikat kekal di tangga pertama
dengan jumlah kes terbanyak, manakala Sepanyol telah naik ke tangga kedua,
Itali di tangga ketiga, seterusnya Jerman, Perancis dan China di tangga keenam.

Itali pada Ahad merekodkan jumlah kematian paling rendah
sejak dua minggu lepas, manakala Sepanyol dan Perancis turut mencatat jumlah
kematian yang semakin rendah. Di Britain pula, 47,000 orang telah dijangkiti
termasuklah Perdana Menteri Boris Johnson.

Sebagai pelabur atau pedagang, perkembangan pandemik Covid-19
perlu diteliti dari hari ke hari kerana ia adalah catalyst utama kepada
pergerakan pasaran saham global. Oleh itu, jika situasi bertambah positif
terutamanya di Amerika Syarikat, Eropah dan China, kita bakal melihat pemulihan
dalam ekonomi global keseluruhannya.

2. Ketidakpastian Pasaran Komoditi Hitam

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 4
Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 9

Harga minyak mentah jatuh sebanyak 3% pada Isnin apabila Arab
Saudi dan Russia menangguhkan rundingan untuk memotong bekalan ke hari Khamis
(9 April) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin (6 April).

Sebelum ini harga komoditi hitam jatuh sehingga mencecah
US$20 setong apabila mesyuarat OPEC dan Russia gagal mencapai persetujuan untuk
menambah pemotongan bekalan pada 6 Mac 2020 yang lalu.

Kejatuhan harga minyak sejak sebulan yang lepas bukan hanya
disebabkan oleh berita ini tetapi juga ditekan oleh permintaan yang semakin
merosot disebabkan penularan koronavirus.

Kejatuhan harga hingga ke paras di bawah US$25 setong memaksa
Presiden Trump untuk campur
tangan disebabkan kos pengeluaran yang tinggi di AS akan menyebabkan
pengeluar di negara itu kerugian.

Presiden Trump cuba membawa Putera Mohamed Bin Salman dan
Presiden Vladimir Putin ke meja rundingan bagi meneruskan pemotongan bekalan
tetapi Arab Saudi hanya akan besetuju jika AS turut sama memotong bekalan mereka.

Sejak pemotongan bekalan dibuat oleh negara-negara OPEC dan
Russia sejak beberapa tahun lalu, AS tidak pernah menyertai pakatan ini dan
sejak itu negara Uncle Sam menjadi pengeluar minyak mentah tertinggi di dunia.

Kali ini, Arab Saudi juga mahu Kanada menyertai pakatan
pemotongan bekalan minyak mentah dunia. Untuk rekod, Kanada adalah pengeksport
minyak mentah terbesar ke Amerika Syarikat.

3. Pengangguran Amerika Syarikat Terus Meningkat

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 5
Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 10

Sekali lagi data tuntutan faedah pengangguran (Jobless
Claims
) di Amerika Syarikat akan menjadi data perhatian pada minggu ini
selepas ia merekodkan 10.4 juta tuntutan pada bulan Mac 2020.

Jabatan Buruh AS mencatatkan 6.6 juta tuntutan faedah
pengangguran pada minggu berakhir 28 Mac. Peningkatan ini adalah dua kali ganda
berbanding tuntutan faedah pengangguran yang dicatatkan pada minggu sebelum itu
sebanyak 3.28 juta permohonan pada minggu berakhir 21 Mac.

Untuk data minggu ini, penganalisa ekonomi menjangkakan
sejumlah lima juta orang pekerja akan kehilangan pekerjaan sekaligus membawa
jumlah kepada 15 juta pengangguran sejak bulan Mac dan tidak mustahil kadar
pengangguran mencapai 10% pada akhir bulan ini.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini berkhidmat di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 6

Tiga Fokus Utama Pasaran Saham Global Pada Minggu Ini (6–10 April 2020) 2

Source link