Berita

Tiga nelayan hilang ditemui selamat

Tiga nelayan hilang ditemui selamat 2

Kota Kinabalu: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, ditemukan dalam keadaan selamat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada petang hari ini.

Ketiga-tiga nelayan itu ditemui pada 5 petang di sekitar perairan Permatang Ubi kira-kira 160 batu nautika barat laut dari sini, selepas menerima maklumat pada 10 pagi.

Difahamkan, bot nelayan bersama 12 kru serta tekong sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan berkenaan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka itu bersama tiga bot pancing sokongan hilang dipercayai terputus hubungan dengan bot induk yang pada ketika itu berjauhan dan mengalami cuaca yang buruk.

Pegawai Memerintah KD Todak Leftenan Komander Mohd Rozaimi Mahmod berkata, pihaknya yang sedang melaksanakan operasi di kawasan berkenaan kemudian digerakkan bagi menjalankan operasi pencarian mangsa yang hilang.

Menurutnya, selepas hampir tujuh jam dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya ketiga-tiga nelayan terbabit berjaya ditemukan.

“Ketiga-tiga mereka ditemukan berapung dan berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana hampir dua hari terputus bekalan makanan.

“Seterusnya kapal menghulurkan bantuan awal dengan menyediakan makanan dan minuman panas sebelum menyerahkan kru terbabit kepada bot induk untuk belayar pulang ke Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan media.

Tiga nelayan hilang ditemui selamat 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo