Artikel Terkini

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 1

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 2

Harga emas mencapai harga US$1,974.40 pada hari Selasa (28 Julai 2020) iaitu paras All-Time High seperti yang dapat dilihat dalam dagangan komoditi berharga itu di Intercontinental Exchange (ICE).

Sebenarnya emas berada dalam tren menaik sejak penguhujung tahu 2019 lagi di mana komoditi berharga ini merekodkan kenaikan enam daripada tujuh bulan pada tahun 2020.

Emas juga membuat kenaikan lima bulan berturut-turut jika dilihat dalam dagangan di ICE. Hanya pada bulan Februari sahaja komoditi ini mengalami kerugian selepas membuat kenaikan dua bulan berturut-turut pada Disember 2019 dan Januari 2020.

Emas sering menghiasi tajuk utama berita apabila berlakunya risiko dalam pasaran yang menunjukkan peralihan pelabur kepada aset selamat. Safe-haven di sini bermaksud pelaburan yang dapat mengekalkan atau meningkatkan nilai dana pelaburan semasa pasaran dalam keadaan berisiko.

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 3
Pergerakan harga emas di ICE. Sumber: Investing.com

Bulan ini sahaja nilai emas meningkat sehingga 8% dan kenaikan lima bulan berturut-turut pada bulan Julai adalah yang pertama sejak 10 tahun yang lepas.

Penganalisis di CNBC, Jim Cramer berkata emas bukan sahaja disokong oleh ketidakpastian ekonomi global, malah kelemahan nilai US Dollar itu sendiri.

Bertrillion US Dollar yang digunakan dalam perbelanjaan kecemasan oleh kerajaan AS dan program pencetakan wang yang dilakukan oleh The Federal Reserve menyumbang kepada kelemahan US Dollar.

Dengan sifat emas sebagai penyimpan nilai (value-retainer) dan juga sebagai satu aset safe-haven, emas mendapat permintaan tinggi daripada pelabur sejak akhir-akhir ini disebabkan banyak ketidaktentuan di dalam pasaran global.

Daripada krisis penularan Covid-19 hinggalah ketegangan antara Amerika Syarikat dan China kepada ketidaktentuan dalam pakej rangsangan ekonomi AS, semua ini adalah pemangkin kepada kenaikan harga emas sejak hujung tahun lepas.

Kebiasaannya kedua-dua instrumen emas dan US Dolar ini bergerak songsang, tetapi anda boleh lihat pergerakan yang sejajar antara bulan Mac hingga Mei dan menjadi songsang semula pada Jun hingga ke hari ini.

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 4
Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 10
Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 5
Emas VS. Indeks US Dollar. Sumber: CNBC

Tiga Sebab Utama Kenaikan Harga Emas

Pertama, penularan wabak Covid-19 tidak dinafikan adalah risiko terbesar kepada ekonomi dunia. Bermulanya penularan wabak ini pada penghujung 2019 telah banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi global.

Aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan, pergerakan penduduk dihadkan sehinggalah arahan perintah berkurung di sesetengah negara yang teruk terjejas oleh koronavirus. Jadi, ini sebab kepada penurunan pasaran saham pada sekitar suku pertama tahun 2020 yang menyebabkan pelabur beralih kepada emas.

Belum lagi vaksin kepada wabak Covid-19 ini dapat dihasilkan, muncul lagi satu risiko baru kepada ekonomi dunia iaitu ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 6
Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 11

Sebenarnya semua ini telah bermula sejak Presiden Trump memenangi pilihanraya Presiden AS pada November 2016. Malah pasaran telah mula bergolak sejak kempen pilihanraya itu lagi apabila Trump menunjukkan bahawa dirinya tidak mesra China dan menuduh China pada masa itu banyak mengambil kesempatan terhadap Amerika Syarikat. Dan Trump berjaya mendapat sokongan rakyat hasil daripada tuduhan-tuduhan tersebut.

Nampaknya, isu ketegangan AS-China masih berterusan selepas hampir empat tahun dan tiada tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kita dijangka akan terus melihat serangan-serangan oleh kerajaan AS terhadap China menjelang pilihanraya Presiden AS pada November ini. Serangan terhadap China adalah antara senjata ampuh Presiden Trump untuk memenangi Pilihanraya Presiden kali ini sama seperti empat tahun lalu.

Ketiga adalah isu ketidakpastian dalam pakej rangsangan ekonomi AS. Ahli-ahli yang berhormat dalam Dewan Senat AS tidak mendapat kata putus sejak beberapa minggu lalu dalam aspek pakej rangsangan fasa empat walaupun rangsangan semasa akan tamat pada hujung bulan ini.

Kemaskini terbaru dari Speaker Dewan Nancy Pelosi (Demokrat) dan Pegawai White House menunjukkan perbezaan pendapat antara Parti Republikan pimpinan Trump dan Parti Demokrat dari pihak pembangkang.

Para penganalisa global percaya emas mampu mencecah harga US$2,000 dan mampu mencapai US$2,300 jika banyak lagi ketidakpastian di dalam ekonomi. Tetapi dalam satu keadaan yang lain, ada kemungkinan juga emas membuat retracement hingga US$1,525 atau US$1,450.

Sumber Rujukan:

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 7
Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 8

Tiga Sebab Yang Menolak Harga Emas Ke Paras All-Time High 2

Source link