Infotainment

Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen & Pekin Jalani Rawatan Kesuburan

Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen & Pekin Jalani Rawatan Kesuburan

Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen & Pekin Jalani Rawatan Kesuburan 1

Sudah tiga tahun berkahwin, pelakon Mona Allen mengakui dia sudah pun bersedia untuk menimang cahaya mata dan memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Mona berkata, dia dan suaminya, pelakon Pekin Ibrahim sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya tidak mempunyai masalah kesuburan.

BACA: Mona Allen Tak Tertekan Belum Ada Cahaya Mata

“Kami tengah mencuba, InsyaAllah kalau ada rezeki PKP. Kami berdua pun dah buat check up dan so far so good, tiada masalah apa-apa

“Usia perkahwinan kami pun dah cecah tahun ketuga, bila dah PKP ni rasa macam why not kami mencuba mana tahu ada rezeki.

“Doktor ada cakap mungkin sebelum ini tak lekat sebab saya tiada masa berehat, emosi tidak stabil kerja sebagai pelakon..doktor cakap kalau nak lekat at least kena satu atau dua bulan berehat betul-betul agar kita kena selalu rasa chill dan relax,” katanya.

Dalam pada itu, Mona berkata dia turut mendapatkan khidmat doktor pakar kesuburan yang sama seperti penyanyi Misha Omar dan mahu memberi kesedaran mengenai perkara itu kepada orang ramai.

“Saya dan Misha dapatkan khidmat nasihat doktor yang sama. Dalam topik itu kami bincang topik yang dapat bagi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini sebab orang kita macam malu kalau cakap soal ini secara terbuka.

Kata Mona lagi, dia merancang untuk hamil tahun ini dan tidak kisah mengenai jantina bayi. Namun jika diberi rezeki dia mahukan anak perempuan, manakala suaminya mahukan anak lelaki.

“Kalau boleh tahun ini juga saya nak dapat baby…macam saya kalau boleh nak anak perempuan, Pekin pula nak anak lelaki.

“Tapi kami tidak kisah pun lelaki atau perempuan, cuma kalau dapat anak perempuan nanti saya matching-matching baju dengan dia,” katanya.

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.



Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen & Pekin Jalani Rawatan Kesuburan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo