Berita

TNB umum dividen akhir satu peringkat 18 sen

TNB umum dividen akhir satu peringkat 18 sen

TNB umum dividen akhir satu peringkat 18 sen 1

Kuala Lumpur: Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkurangan kepada RM3.40 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 daripada RM4.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya berikutan perolehan dan pendapatan kewangan yang lebih rendah.

Syarikat elektrik nasional itu berkata, pendapatan kewangan lebih rendah itu adalah disebabkan kadar faedah lebih rendah dan peningkatan kos pembiayaan membabitkan loji yang baharu beroperasi, Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz di Negeri Sembilan.

“Ini diimbangi oleh kredit cukai ke atas insentif elaun pelaburan semula yang dituntut TNB berdasarkan Akta Kewangan 2020 yang diwartakan kerajaan pada 31 Dis 2020,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Perolehan tahun kewangan 2020 merosot kepada RM43.98 bilion daripada RM50.94 bilion tahun ke tahun, terutamanya disebabkan segmen komersial dan industri yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Turut tersenarai dalam penjualan elektrik yang lebih rendah ini ialah Pelepasan Kos Tidak Seimbang yang berada pada kedudukan lebihan pemulihan sebanyak RM3,034.5 juta berbanding di bawah pemulihan sebanyak RM1,917.9 juta sebelum ini,” katanya.

Kumpulan itu mencatatkan pendapatan yang kukuh pada suku keempat 2020 dengan keuntungan bersih yang melonjak kepada RM1.21 bilion daripada RM653.30 juta berikutan perolehan lebih rendah sebanyak RM10.32 bilion daripada RM12.18 bilion tahun lalu.

Menurut TNB, keuntungan bersih yang lebih tinggi pada suku itu disumbangkan terutamanya oleh peningkatan cukai kredit berikutan tuntutan insentif elaun pelaburan semula, manakala perolehan bagi suku itu terjejas khususnya disebabkan kos penjanaan lebih rendah.

“Ini menyebabkan berlakunya peningkatan kos operasi sebanyak RM1,455.0 juta, yang menokok RM105.2 juta atau 7.8 peratus,” katanya.

Ahli lembaga pengarah TNB sudah meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 18.0 sen sesaham biasa dan dividen khas satu peringkat sebanyak 40.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 2020 berjumlah kira-kira RM3,308.7 juta berdasarkan modal saham berbayar RM5.70 juta.

TNB umum dividen akhir satu peringkat 18 sen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo