Berita

Top Glove jamin sarung tangan tidak tercemar

Top Glove jamin sarung tangan tidak tercemar 1

Kuala Lumpur: Top Glove Corporation Bhd memberi jaminan bahawa bilangan kes jangkitan yang tinggi dalam kalangan pekerjanya tidak menyebabkan sarung tangan yang dihasilkan tercemar.

Pengerusi Top Glove Tan Sri Lim Wee Chai berkata, jangkitan sukar berlaku berikutan persekitaran kilang dengan suhu antara 30-40 darjah Celsius.

“Suhu dalam ketuhar sahaja adalah sekitar 110 darjah Celsius dan virus Covid-19 tidak dapat bertahan dalam keadaan panas.

“Dari segi pembungkusan sarung tangan, pekerja kami dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri dan tiada sentuhan langsung dengan sarung tangan.

“Apabila bungkusan ini dihantar menerusi kontena, suhunya juga panas iaitu lebih 40 darjah Celsius dan penghantaran menerusi kapal ke Eropah dan negara-negara lain memakan masa selama sebulan. Sudah pasti tidak berlaku sebarang pencemaran,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Sementara itu, menurutnya, pihaknya menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin Covid-19 dapat disediakan menjelang akhir tahun ini.

Katanya, perniagaan itu kekal kukuh dalam jangka panjang manakala potensi saham-saham syarikat itu bergantung kepada pendapatan dan prestasinya.

“Harga saham syarikat telah mencatat prestasi yang baik sejak 11 bulan lalu. Hanya baru-baru ini kami berdepan cabaran dan berharap ia bersifat sementara agar keadaan dapat kembali kepada sebelumnya.

“Dari segi perkembangan vaksin Covid-19, sarung tangan pemeriksaan ini diperlukan bagi tujuan suntikan vaksin tersebut.

“Oleh itu, dunia perlu menghasilkan tujuh bilion vaksin yang pastinya memerlukan tujuh bilion pasang sarung tangan,” katanya

Di sebalik jangkaan peningkatan permintaan, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu terpaksa bertindak menutup beberapa kilangnya berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

Malah, sejumlah 20 kilang syarikat itu ditutup sementara manakala lapan lagi masih beroperasi yang menyebabkan pengeluarannya berkurangan sebanyak 10 hingga 20 peratus.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum ini mendakwa ini keadaan itu disebabkan oleh persekitaran asrama pekerja yang teruk, namun disangkal oleh Lim.

“Kami mengalu-alukan beliau untuk berkunjung semula ke sini. Ini kerana, sejak kunjungan beliau sebelum ini, keadaan (penginapan) pekerja telah dipertingkatkan apabila kami menambah peruntukan untuk penambahbaikan kemudahan itu dengan cepat.

“Oleh itu, kami amat terkejut dengan komen sedemikian. Kami perlu jelaskan dengan kementerian bagi mengenal pasti ruang yang memerlukan perhatian serta cara untuk mengatasinya,” katanya.

Saham-saham Top Glove terus susut susulan laporan yang mengesahkan bahawa 20 kilang di Klang, Selangor, akan ditutup sementara susulan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja.

Malah, harga saham pengeluar sarung tangan itu merosot kira-kira 30 peratus sejak awal November lalu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Top Glove jamin sarung tangan tidak tercemar 1
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo