Artikel Terkini

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 1

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 2

Sebelum kita bercakap soal hartanah, ada baiknya sekiranya kita melihat sekilas keadaan ekonomi domestik sepanjang suku pertama 2020.

Umum mengetahui wabak pandemik COVID-19 bukan sahaja meragut ratusan nyawa di Malaysia, bahkan membunuh aktiviti perniagaan seharian khususnya perniagaan mikro.

Buat pengetahuan anda, RM14.3 bilion kos operasi terpaksa ditanggung pemilik perniagaan runcit sungguhpun kedai dan premis mereka ditutup sepanjang 6 minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu.

Baca : Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Sekiranya kita melihat 22 tahun ke belakang yaqni tahun 1998, industri runcit merosot sebanyak 20% ekoran krisis kewangan dan ekonomi Asia ketika itu.

Manakala anggaran unjuran industri runcit Malaysia untuk 2020 dijangka hanya merosot kepada angka 5.5% berbanding tahun 2019.

Sungguhpun berlaku pergolakan politik tempatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang mendapat jolokan ‘Abah’ layak diberikan pujian oleh kawan dan lawan kerana cekap mengendalikan kemelesetan ekonomi tempatan dengan melancarkan pelbagai skim dan stimulus untuk menggalakkan aktiviti kitaran tunai di Malaysia.

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 3
Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 8

Baca : Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Serta 5 Kepentingannya Kepada Negara

Seperti yang dijangka, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lembap pada kadar 0.7% pada suku pertama 2020.

Kita boleh menjangkakan yang KDNK domestik akan meningkat selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan hampir ke semua jenis perniagaan kembali dibuka seperti sedia kala.

Baca : Benarkah Harga Rumah Naik Setiap Dekad?

Satu perkara yang menarik dalam industri hartanah sungguhpun dengan kelembapan ekonomi adalah kadar kelulusan pinjaman untuk suku pertama 2020 adalah pada kadar 75% berbanding 72% pada suku ketiga 2019.

Orang awam dilihat cenderung menggunakan kesempatan pelarasan semula kadar OPR oleh Bank Negara Malaysia untuk membuat pembelian hartanah.

“Tahukah anda, pelarasan terbaru kadar OPR oleh BNM pada kadar 2.75% adalah yang terendah dalam sembilan tahun ke belakang.”

Akan tetapi, pembelian hartanah dari warganegara China dan Hong Kong menerusi program Malaysia My Second Home (MM2H) terjejas namun tidak menjejaskan pembelian hartanah di bawah RM600,000 oleh pembeli tempatan.

Harga jualan rumah keseluruhannya telah meningkat 0.63% pada suku pertama kepada 89.46% berbanding 88.90% pada suku keempat 2019.

Pemaju hartanah juga dilihat telah belajar dari kesilapan dan tidak sanggup lagi menanggung kerugian lambakan hartanah tidak terjual hartanah yang kian meruncing di Johor, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Buktinya, berlaku penurunan dalam bekalan hartanah sebanyak 10.47% tertinggi dalam tiga tahun dan memberi kesan kepada aktiviti ‘viewing’, pembinaan dan penyenaraian hartanah.

Apa yang mengejutkan adalah Selangor mencatatkan peningkatan harga jualan sebanyak 1.94% diikuti Kuala Lumpur pada kadar 1.81%.

Manakala Pulau Pinang dan Johor semenjak beberapa tahun kebelakangan ini yang menurunkan harga telah mencatatkan penurunan harga jualan sebanyak 0.13% dan 0.59% pada suku pertama 2020.

Baca : Fahami 4 Kitaran Hartanah Ini Dulu Sebelum Melabur

Berdasarkan data dari NAPIC, hartanah yang telah siap dibina dan belum terjual dari semua kategori telah menurun kepada 5.3% dengan nilai RM18.9 bilion pada suku pertama 2020.

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 4
Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 9

“Hartanah tidak terjual telah menurun kepada 29,698 unit pada suku pertama 2020 berbanding 32,936 unit pada suku pertama 2019.”

Seperti tahun 2019, Johor kembali menjadi johan dalam unit kediaman tidak terjual di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 5,468 unit bernilai RM4.65 bilion.

Ini diikuti Selangor dengan 4,844 unit kediaman bernilai RM4.1 bilion diikuti Pulau Pinang dengan 3,043 unit kediaman bernilai RM2.55 bilion.

Sebagai solusi bagi masalah ini, pemaju hartanah perlu menjadi kreatif dengan menjual unit hartanah mereka dengan norma baharu dalam pendekatan dan pemasaran.

Baca : Harga Dan Transaksi Hartanah Malaysia 2008 – 2018

Lihat sahaja Sunway Property yang berjaya menjual hartanah dengan nilai RM200 juta menggunakan kempen ‘Always With You’ sungguhpun dijual ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Data ini juga menunjukkan berlaku peningkatan harga hartanah dan ini berkemungkinan sentimen semasa yang meliar bahawa fasa kemelesetan ekonomi adalah waktu terbaik untuk beli rumah.

Baca : 5 Fakta Industri Hartanah Anda Wajib Tahu Bagi Tahun 2020

Hatta tanpa Kempen Pemilikan Rumah (HOC 2.0) sekalipun indeks hartanah berjaya menunjukkan peningkatan, maka dengan HOC 2.0 industri hartanah dijangka akan menjadi lebih sihat dan berdaya saing.

Sumber Rujukan:

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 5
Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 6

Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif 2

Source link