Berita

Trump pecat Setiausaha Pertahanan | Harian Metro

Trump pecat Setiausaha Pertahanan | Harian Metro 1

Trump pecat Setiausaha Pertahanan | Harian Metro 2

Washington: Presiden Donald Trump yang belum mahu mengaku kekalahan dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) memecat Setiausaha Pertahanannya, Mark Esper.

“Mark Esper telah dipecat. Saya mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau,” umum Trump melalui Twitter.

Ketika tempoh perkhidmatan Trump berbaki kira-kira 10 minggu lalu, perkembangan itu menimbulkan kebimbangan bahawa beliau akan mengambil langkah sama terhadap beberapa pegawai kanan pasukan keselamatan negara itu.

Laporan mendakwa, Presiden dipercayai mempertimbang untuk turut memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Chris Wray dan Pengarah Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) Gina Haspel memandangkan mereka tidak menyokongnya.

Esper adalah setiausaha pertahanan keempat dalam tempoh pentadbiran Trump dan pemecatannya menunjukkan hubungan tegang yang memuncak antara Presiden dan Pentagon.

Trump sudah menamakan Christopher Miller, ketua kepada Pusat Antikeganasan Kebangsaan sebagai pemangku setiausaha pertahanan..

Trump pecat Setiausaha Pertahanan | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo