Berita

Tuah wanita bermulut besar | Harian Metro

Tuah wanita bermulut besar | Harian Metro 1

Tuah wanita bermulut besar | Harian Metro 2

Washington: Mulut besar jadi modal buat duit. Itu kelebihan seorang wanita yang mendakwa mempunyai mulut paling besar di dunia untuk menjana pendapatan.

Mendedahkan perkara itu di TikTok, Samantha Ramsdell memaklumkan dia menerima AS$15,000 (kira-kira RM62,000) untuk setiap video yang dimuat naik di aplikasi itu.

Katanya dengan teknologi istimewa yang ada pada aplikasi itu, ia menjadikannya mudah menjana pendapatan.

GulfNews melaporkan, wanita berusia 30 tahun dari Connecticut itu turut mempunyai pengikut seramai 740,000 sepanjang penularan wabak Covid-19 ini.

Walaupun dia bimbang wabak pandemik itu akan menjejaskan kariernya sebagai bintang komedi, dia memberikan pengiktirafan kepada TikTok, yang menjadikan dirinya sebagai selebriti sensasi internet.

“Ia kedengarannya seperti tidak banyak, tetapi ada video saya ditonton lebih 50 juta tontonan,” katanya.

Samantha bermula dengan video nyanyian dan lakonan untuk meningkatkan keyakinan dan menunjukkan kemahirannya secara atas talian.

Kemudian, dia menyedari mulutnya lebih mencuri perhatian.

“Kehilangan lebih 50 paun (kira-kira 22.6 kilogram) dua tahun lalu menyebabkan saya kembali yakin.

“Saya mengikuti kelas nyanyian, dan memuat naik video itu di Instagram,” katanya.

Tuah wanita bermulut besar | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo