Artikel Terkini

Tuduhan DAP promosi Islamofobia satu penipuan

Tuduhan DAP promosi Islamofobia satu penipuan
Tuduhan DAP promosi Islamofobia satu penipuan 1

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa tuduhan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa DAP mempromosi Islamofobia berunsur penipuan dan fitnah.

Menurut beliau, tuduhan itu adalah berat terutamanya dalam konteks masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Kit Siang juga mencabar Abdul Hadi untuk mengemukakan bukti atau menarik semua tuduhannya itu.

“Satu cubaan oleh Dewan Pemuda Pas untuk memberikan bukti yang DAP mempromosikan Islamofobia ini amatlah tidak masuk akal dan melucukan kerana ia hanya menunjukkan kegagalan mereka untuk memahami maksud Islamofobia.

“Apakah itu Islamofobia? Wikipedia menjelaskan Islamofobia sebagai ketakutan, kebencian atau prejudis terhadap agama Islam atau orang Islam secara amnya terutamanya apabila dilihat sebagai sebuah kuasa geopolitik atau sumber keganasan.

“Para pemimpin DAP tidak takut, benci atau mempunyai apa-apa prejudis terhadap agama atau orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Abdul Hadi berkata; “Sikap DAP terhadap kaum bumiputera bukan Islam diminta maaf, pada masa yang sama menyebarkan Islamofobia kepada mereka.”

Ahli Parlimen Marang itu turut mengecam tindakan pemimpin-pemimpin DAP melabelkan Pas sebagai Taliban bagi memburuk-burukkan imej partinya terutamanya dalam kalangan bukan Islam.

Kit Siang menambah, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau tidak melihat sentimen anti-Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Islam, Buddha, Hindu atau Kristian.

Menurut beliau, perkara itu mengesahkan kepercayaannya bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang amat bertoleransi dan sensitif.

“Tetapi, semasa tempoh berkempen, ada parti-parti politik dan watak-watak tertentu yang mahu rakyat Malaysia untuk merasakan seakan-akan orang Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Islam, Buddha, Hindu, atau Kristian semuanya terancam dan bakal terhapus.

“Mengapakah begini? Siapakah yang cuba untuk mengancam kewujudan kita semua di Malaysia?” soalnya.

Sehubungan itu, Kit Siang menyeru kepada semua pihak bersama-sama menyelesaikan masalah politik toksik penipuan, kebencian, fitnah, perkauman dan keagamaan yang melanda negara ini. – MalaysiaGazette

Tuduhan DAP promosi Islamofobia satu penipuan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo