Infotainment

Tular Dakwaan Status Halal Kicap Mahsuri Meragukan, Lelaki Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Tular Dakwaan Status Halal Kicap Mahsuri Meragukan, Lelaki Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Tular Dakwaan Status Halal Kicap Mahsuri Meragukan, Lelaki Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pastinya tidak lengkap jika makan nasi lauk telur goreng tanpa kicap dan kini terdapat pelbagai jenama kicap terjual di pasaran salah satunya kicap Mahsuri.

Namun baru-baru ini, timbul satu dakwaan daripada seorang wanita menerusi satu video di TikTok yang mendakwa kicap Mahsuri merupakan produk buatan orang bukan Muslim dan beliau juga meragui status halal kicap jenama ini halal atau haram (syubhah) untuk dimakan.

Susulan tularnya video tersebut, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ubaaidahali tampil untuk memberi penjelasan dengan bukti kukuh bahawa kicap Mahsuri sebenarnya produk yang halal dimakan dan telah menerima sijil status Halal Malaysia yang disahkan oleh JAKIM di bawah syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd.

Kecewanya apabila wanita tersebut turut ‘menuding jari’ dan memfitnah bahawa kilang pemprosesan produk syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd. diragui kesuciannya dari segi kebersihan penghasilan produk dan urusan jual beli kerana ia kononnya merupakan perniagaan orang bukan Muslim.

“Bila kita sebut orang Cina ni faham-faham je (saja) lah thaharah (kebersihan) dan mualamatnya (urusan jual beli) macam mana,” ujar wanita tersebut.

Ini jelas telah menimbulkan fitnah dan ‘sudah terang lagi bersuluh’ kerana pihak JAKIM sendiri yang mengiktirafkan serta menguruskan pemberian sijil halal kepada Mahsuri Food Sdn. Bhd.

Susulan itu, @ubaidahali mengemaskini untaian (thread) Twitter miliknya hari ini dengan memuat naik foto yang bertulis satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahsuri Food Sdn. Bhd. berhubung isu keraguan status halal seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.

Oleh itu, orang ramai terutamanya wanita tersebut dinasihatkan supaya jangan menyebarkan berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan isu halal dan haram makanan kerana ia amat sensitif bagi orang Islam.

Berharap wanita tersebut segera sedar dengan kesilapan yang beliau lakukan dan memohon maaf secara terbuka kepada JAKIM dan Mahsuri Food Sdn. Bhd. kerana telah menimbulkan fitnah dalam kes ini.

Bisnes jatuh disebabkan berita palsu, sos jenama Aminah Hassan kembali semula. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Terima Botol Kicap Pecah Di Jepun, Cap Kipas Udang Sedia Tawarkan Ganti Rugi

‘Nasi Goreng, Kicap Manis, Terima Kasih’ – Bebelan Minions Dalam Bahasa Malaysia Curi Perhatian



Tular Dakwaan Status Halal Kicap Mahsuri Meragukan, Lelaki Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo