Infotainment

Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500

Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500 1

Pelakon Ammar Alfian didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebuah van Pos Malaysia menggunakan kayu besbol dan menumbuk pemandu berkenaan pada April lalu.

Memetik laporan BH Online, mahkamah turut memerintahkan pelakon berusia 34 itu menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda, namun tertuduh telah membayar denda berkenaan.

Bagi pertuduhan khianat, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan, manakala bagi pertuduhan mencederakan pula dikenakan denda RM1,500 atau penjara sebulan.

Ammar didakwa melakukan khianat dengan mengetuk pintu sebelah kanan kenderaan jenis Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777.

Pelakon filem Paskal itu dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu di Jalan Budiman 26/17A, Cheras di sini, pada jam 1.45 tengah hari, 5 April lalu dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Nur Aimin Mohd Noor pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis dikenali ramai,” katanya.


Tumbuk Pemandu Pos Malaysia, Ammar Alfian Didenda RM3,500 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo