Artikel Terkini

Tunku Ismail pinjamkan kanvas tutup padang SNBJ

Tunku Ismail pinjamkan kanvas tutup padang SNBJ
Tunku Ismail pinjamkan kanvas tutup padang SNBJ 1

KUALA LUMPUR – Aksi Piala AFF 2022 melibatkan pasukan Malaysia menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka berlangsung tanpa sebarang kontroversi selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil langkah proaktif menggunakan kanvas bagi menutup permukaan padang sebentar tadi.

Lebih menarik, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati untuk meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang yang boleh memastikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi lebih menarik pada perlawanan malam ini.

Perkara tersebut dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian baginda meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang menjelang perlawanan kedua Kumpulan B melibatkan Malaysia lawan Laos malam ini.

“Ia bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik untuk digunakan sepanjang 90 minit permainan memandangkan keadaan cuaca yang mana hujan hampir setiap hari di Lembah Klang terutama pada waktu petang dan malam.

“Diharap langkah proaktif yang diambil ini dapat memastikan padang berada pada keadaan yang memuaskan, sekali gus menghidangkan perlawanan menarik buat para penyokong Harimau Malaya yang bakal ke stadium, malam ini,” kata badan induk itu.

Dijangka hampir 30,000 penyokong skuad Harimau Malaya akan membanjiri SNBJ pada aksi final pertama Piala AFF 2022 di laman sendiri kali ini.

Padang SNBJ sebelum ini telah dikritik hebat pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung Jun lepas susulan keadaan padang yang dikatakan seperti ‘sawah padi’. – KOSMO! ONLINE


Tunku Ismail pinjamkan kanvas tutup padang SNBJ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo