Artikel Terkini

Turki sambung semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa



ISTANBUL: Turki pada Khamis menyambung semula sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, yang ditangguhkan hampir dua bulan disebabkan penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat syarikat penerbangan negara Turkish Airlines (THY) berlepas dari Lapangan Terbang Istanbul menuju ke Dusseldorf, Jerman, ia akan diikuti beberapa lagi penerbangan ke bandar raya seperti London dan Amsterdam.

AnadoluJet pula memulakan semula perkhidmatan apabila pesawatnya berlepas dari Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul menuju ke Berlin dan London.

Beberapa hari akan datang, Turki dijangka meningkatkan jumlah penerbangan antarabangsa ke 40 negara.

— BERNAMA





Source link