Berita

Umur dua tahun, tidak kekok di dapur

Umur dua tahun, tidak kekok di dapur 2

Kuala Lumpur: Baru berusia dua tahun tujuh bulan namun Syazwi Nufail Syazwan sudah ada minat memasak malah ringan tulang membantu ibunya, Nurul Nazireen Khazali di dapur.

Bukan setakat itu, Syazwi juga tidak kekok menggunakan peralatan seperti pisau untuk memotong bahan masakan dengan pengawasan oleh ibunya.

Nurul Nazireen, 29, yang menetap di Kampung Panchor, Seremban, Negeri Sembilan berkata, dia menyedari minat Syazwi ketika anak tunggalnya itu berusia dua tahun.

Berikutan itu, Nurul Nazireen membelikan peralatan asas dan kerusi khas untuk kegunaan Syazwi ketika membantunya memasak di dapur.

“Mulanya, Syazwi hanya gemar melihat saya memasak namun kini, dia turut sama menyediakan bahan memasak.

“Lazimnya, saya akan mula memasak makanan tengah hari bermula jam 11.30 pagi dan sudah menjadi rutinnya untuk menemani saya setiap hari di dapur.

SYAZWI tidak kekok menggunakan pisau untuk memotong bahan masakan. FOTO ihsan Nurul Nazireen Khazali
SYAZWI tidak kekok menggunakan pisau untuk memotong bahan masakan. FOTO ihsan Nurul Nazireen Khazali

“Malah, dia juga yang menjadi pembantu saya ketika di dapur kerana akan menolong memotong bahan seperti cili dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nurul Nazireen berkata, anak tunggalnya itu seorang yang cepat belajar hingga sudah mengenali dan mengingati beberapa nama bahan asas masakan.

Sebagai ibu, Nurul Nazireen kagum cuma tidak mengambil mudah sebaliknya sentiasa mengawasi Syazwi bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

“Syazwi seorang yang mendengar kata dan tidak akan masuk ke dapur sendiri tanpa saya.

“Saya pula menggunakan periuk aruhan (induction cooker) di dapur jadi tidak perlu risau kerana ia hanya akan berfungsi jika suis dihidupkan.

“Selalunya saya beri dia tugas memotong saja tetapi ada kalanya turut beri dia peluang menggaul masakan di dalam kuali,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Syazwan Abdullah, 31, mulanya risau melihat kecenderungan Syazwi.

“Keluarga saya juga khuatir cuma cuba yakinkan mereka yang semuanya dalam keadaan terkawal.

“Lagipun, saya tidak memaksa Syazwi sebaliknya dia sendiri yang minat membantu saya memasak di dapur.

“Saya ada berkongsi kisah itu di Facebook (Fb) dan ramai memberi komen positif cuma ada juga mengecam tetapi saya terima kerana faham mereka risau jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Syazwi,” katanya.

Menurutnya, terlalu awal untuk dia menentukan hala tuju Syazwi tetapi akan beri galakan sekiranya anaknya itu mahu serius dalam bidang kulinari apabila dewasa kelak.

Umur dua tahun, tidak kekok di dapur 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo