Berita

Undang risiko keselamatan, boleh dikenakan tindakan – Polis

Undang risiko keselamatan, boleh dikenakan tindakan - Polis 2

Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya tidak hanya mengundang risiko keselamatan, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan.

Itu reaksi diberi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias mengenai rakaman gambar wanita itu yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Azisman mengakui aktiviti berbasikal menjadi trend ketika ini, namun tidak semua memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.

Justeru, beliau menyelar tindakan wanita yang membawa anak kecil ketika berbasikal sehingga rakaman gambarnya tular di media sosial itu kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya.

“Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azisman berkata, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sekiranya berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Justeru, beliau menyeru orang awam supaya mengikut peraturan jalan raya dan menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti berbasikal yang boleh membahayakan keselamatan.

END

#kw berbasikal, bayi, bahaya

KETERANGAN GAMBAR:

1.Gambar yang tular di media sosial telah menerima pelbagai reaksi warga net

Undang risiko keselamatan, boleh dikenakan tindakan - Polis 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo