Berita

Untung bersih MR DIY melonjak ke RM337.16j

Untung bersih MR DIY melonjak ke RM337.16j 2

MR DIY Group (M) Bhd meraih hasil lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 iaitu peningkatan 13 peratus kepada RM2.56 bilion berbanding RM2.27 bilion pada tempoh sebelumnya.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, peruncit perkakas dan keperluan rumah terbesar itu menyatakan keuntungan bersih turut melonjak kepada RM337.16 juta daripada RM317.56 juta sebelum ini.

Prestasi memberangsangkan itu berjaya dicapai walaupun terdapat penutupan cawangan pada Mac dan April 2020 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat.

“Keseluruhan pertumbuhan bagi tempoh dalam kajian itu disumbangkan oleh prestasi kukuh dalam separuh kedua 2020 selain faktor seperti sumbangan cawangan baharu yang mengurangkan impak penutupan akibat PKP serta perbelanjaan membabitkan tawaran awam permulaan (IPO) yang lebih tinggi pada 2020,” katanya.

Bagi tempoh suku keempat berakhir 31 Disember 2020, perolehan hasilnya meningkat sebanyak 25 peratus kepada RM768.33 juta berbanding RM617.13 juta, setahun lalu.

Keuntungan bersih pula menokok 19 peratus kepada RM108.26 juta daripada RM90.88 juta pada 2019.

MR DIY juga menyifatkan keputusan kewangan suku keempat 2020 yang menggalakkan itu didorong oleh peningkatan purata jualan diraih setiap cawangan serta sumbangan jualan yang positif oleh cawangan baharu.

Bagi tahun berkenaan, kumpulan itu menyaksikan pertumbuhan bersih sebanyak 141 premis merangkumi tiga jenama (MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR), lapan cawangan ditutup manakala 149 cawangan baharu dibuka yang meningkat kira-kira 24 peratus daripada tahun sebelumnya.

Untung bersih MR DIY melonjak ke RM337.16j 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo