Artikel Terkini

Usahawan jutawan RichWorks bersedia hadapi 2023

Usahawan jutawan RichWorks bersedia hadapi 2023
Usahawan jutawan RichWorks bersedia hadapi 2023 1

LANGKAWI – Sekitar 300 usahawan jutawan bawah bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dari pelbagai industri berkumpul di sini bagi mendapatkan bimbingan intensif sebagai persediaan mengharungi cabaran besar tahun depan.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, ia dikendalikan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman khusus buat usahawan yang berada pada tahap pertumbuhan dengan jualan lebih RM1 juta hingga RM100 juta setahun.

Katanya, mereka akan berkampung selama tiga hari di Langkawi bagi mempersiapkan bisnes masing-masing agar mampu terus berkembang dalam apa jua keadaan.

“Pada Inner Circle Meeting (ICM) kali ke-22 ini, Azizan akan memfokuskan mengenai bagaimana pengasas dan pemilik bisnes dapat membina sebuah pasukan yang mantap.

“Kunci di sini ialah aspek ke­pimpinan yang dapat memba­ngun pasukan sesebuah bisnes hingga memacu kejayaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

ICM merupakan program tiga kali setahun bagi usahawan jutawan di bawah program pementoran eksklusif RichWorks yang diperkenalkan sejak 2015.

Radz menambah, tanpa sokongan pasukan yang kuat, sukar untuk sesebuah bisnes itu pergi lebih jauh.

“Alhamdulillah, rata-rata pe­ngasas dan pemilik perniagaan di bawah kami telah menyaksikan pertumbuhan dari semasa ke semasa.

“Ia tidak berlaku semalaman, pertumbuhan mereka merupakan suatu proses yang mana cepat atau lambat turut bergantung kepada komitmen mereka sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, usahawan-usahawan bimbingan RichWorks juga berdepan cabaran seperti perusahaan lain, apa yang berbeza ialah mereka lebih bersedia dari segi ilmu dan tindakan.

“Ini hasil bimbingan diterima daripada penyelesaian hujung ke hujung RichWorks bersama Azizan yang sentiasa ditambah baik,” ujarnya.

Bagi usahawan yang mahu saksikan perubahan positif 2023, dapatkan maklumat lanjut di laman web NakUbahHidup.com.

 


Usahawan jutawan RichWorks bersedia hadapi 2023 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo