Infotainment

Usia Kandungan 3 Bulan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat

Usia Kandungan 3 Bulan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat

Usia Kandungan 3 Bulan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat 1

Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad berkongsikan berita sedih apabila isterinya Zira Ayub keguguran anak keempat mereka pada Khamis lalu.

Baru sahaja mengetahui isterinya hamil tiga bulan sekitar dua minggu lalu, bagaimanapun Nabil dan isterinya reda serta menganggap tiada rezeki untuk menimang cahaya mata keempat.

BACA: Nabil Ahmad Menangis Sebak Dengar Cerita Ustaz Ebit Lew

“Saya dan isteri okay sahaja, kami anggap tiada rezeki kerana Allah sebaik-baik perancang.

“Cuma itulah anak-anak saya yang lain dah teruja nak dapat adik baru tapi sekarang dah tiada… tak mengapa mungkin ada lagi rezeki selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, menerusi Instagram, Zira berkongsikan khabar duka itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Sementara itu, Nabil berkata sebaik sahaja mengetahui isterinya hamil, dia berharap untuk menimang cahaya mata lelaki memandangkan telah mempunyai tiga anak perempuan.

“Saya tak kisah pun sebenarnya baby girl or baby boy cumanya saya ada juga berharap kalau boleh nak baby boy sebab tiga sebelum ini perempuan.

“Saya dan isteri pun memang planning usia jarak anak-anak kami… kiranya masa ini memang sesuai untuk anak keempat tapi tiada rezeki tak mengapa, kami okay sahaja,” katanya.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Naira Mikayla, 9, Layla Medyna, 6, dan Mishall Imani kini berusia dua tahun.



Usia Kandungan 3 Bulan, Isteri Nabil Ahmad Keguguran Anak Keempat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo