Infotainment

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan
Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6x6 Untuk Hantar Bantuan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Hujan lebat yang turun membasahi Lembah Klang sejak Jumaat lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan dan ada kawasan yang terputus hubungan kerana jalan dinaiki air.

Antara kawasan yang teruk terkesan dalam banjir kilat ini adalah Taman Sri Muda, Shah Alam di mana kenderaan biasa tidak dapat menyusuri jalan di sini. Justeru itu, sukarelawan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda ramai yang tampil menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan ini.

Namun, perkongsian Nedim Nazri Aziz di Twitter menarik perhatian ramai apabila salah seorang sukarelawan yang datang membantu menggunakan jentera mewah Brabus G700 6×6 untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Bless my brother DS Sunny, simpan rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir, langgar longkang & transfer stranded victim lagi,” tulis Nedim.

Rata-rata netizen kagum dengan pemilik kenderaan itu yang tidak kisah menggunakan jentera bernilai jutaan ringgit itu demi misi kemanusiaan. Rata-rata netizen turut memuji pemilik kenderaan tersebut dan berkata kenderaan itu sememangnya dicipta untuk menghadapi situasi ‘off-road’ sebegini.

Berdasarkan laporan paultan.org, Harga seunit Brabus G700 6×6 ini adalah RM3.2 juta (tidak termasuk cukai) dan adalah sangat rare untuk melihat kenderaan ini di jalanan.

Pemilik kenderaan tersebut adalah DSS Sunny, salah seorang collector kereta di Malaysia. Beliau sebelum ini sering terlibat dengan acara amal dan memberikan bantuan serta menderma bukan sesuatu yang asing baginya.

Terima kasih kepada DSS Sunny dan para sukarelawan yang lain yang sanggup berkorban tenaga dan kenderaan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir secepat mungkin. Jasa anda semua pasti akan dikenang.

Bantuan hadir dari pelbagai sudut dan ada yang sanggup bawa sampan dari utara dan selatan tanah air demi membantu mangsa banjir di Selangor. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rakyat Malaysia Prihatin, Sanggup Turun Dari Utara Dan Selatan Bantu Penduduk Lembah Klang

Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma, Diskaun Dan Rebat Untuk Kenderaan Mangsa Banjir

Lokasi Majlis Dijadikan Pusat Penempatan Banjir, Netizen Terharu Pasangan Pengantin Ini Sedekah Lauk Kenduri


Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6x6 Untuk Hantar Bantuan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list