Artikel Terkini

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian
Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian 1

Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial TikTok, Juan Danza telah membuat satu pendedahan berhubung sejarah kewujudan sebuah bangunan lama, Vega Mall yang terletak di Bentong, Pahang. 

Pendedahan yang dikongsikan oleh individu berkenaan menerusi satu rakaman video memberitahu pusat membeli-belah tersebut sememangnya menjadi tempat tumpuan ramai khususnya warga penduduk bandar Bentong, sebelum ini. 

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian 2

“Ini adalah Vega Mall di Bentong, waktu dulu meriah juga lah sebab ada kedai ‘The Store’, kedai jual telefon dan banyak juga event pernah buat dekat sini. 

“Malah, ada juga pusat snuker dan kedai permainan dekat sini tapi aku pun tak ingat bila kali terakhir yang orang ramai boleh masuk tempat ni,” katanya. 

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian 4

Maklumnya lagi, Vega Mall telah menghadapi situasi penutupan premis untuk sekian lama ekoran masalah krisis dalaman yang berlaku.

Jelasnya, masalah krisis dalaman ini terjadi oleh kerana terdapat beberapa pemilik premis di pusat membeli-belah berkenaan mengalami masalah kewangan dan bebanan hutang yang tinggi.

“Tapi yang seingat aku agak dah lama juga lah. Apa isu yang berlaku di Vega Mall ini kerana kebanyakan premis dalam pusat membeli-belah ini dimiliki oleh individu yang berbeza. 

“Jadi sukar sebab nak roboh pun susah, dia macam apartment yang ada ramai pemilik jadi susah untuk dibangunkan semula. Mungkin susah untuk diselesaikan kerana ada pemilik yang berhutang dari segi bil elektrik dan utiliti,” jelasnya. 

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian 6 

Dalam pada itu, individu tersebut berharap agar masalah yang dihadapi oleh Vega Mall ini menemui jalan penyelesaian. 

“Kita dah cuba cari jalan penyelesaian terhadap Vega Mall ni tapi susah disebabkan ramai pemilik. Tapi diharapkan kalau ada satu manusia yang betul-betul kaya boleh beli semua sekali InsyaAllah akan bernyawa semula. 

“Aku pun tak tahu dah nak cakap apa sebab tempat ini memburukkan imej Bentong sebab dia macam dah teruk sangat dah,” katanya panjang lebar.

Sekadar informasi, bangunan Vega Mall ini telah siap dibina oleh pemaju Bentayan Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2000.

Sumber: TikTok Juan Danza, StarProperty Website

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian 8

Baca artikel berikutnya: Bangunan 7000 Tan Dipindahkan Ke Lokasi Baru Dalam Masa 18 Hari

 

Vega Mall Bentong Ditutup Sekian Lama Akibat Bebanan Hutang, Masih Tiada Jalan Penyelesaian 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list