Infotainment

[VIDEO] ‘2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh’ – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera

[VIDEO] ‘2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh’ – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera

[VIDEO] '2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh' – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera 1

Kini Trending

[VIDEO] '2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh' – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera 2

Sebelum ini, pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan tujuh anggota keluarganya serta tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19.

Artikel berkaitan: ‘Keluarga Kami Diserang Penyakit Covid-19’ – Rebecca Nur Islam

Terbaru, Rebecca memberitahu bahawa dirinya juga disahkan positif wabak Covid-19.

[VIDEO] '2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh' – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera 4

Assalamualaikum semua. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami sekeluarga. Sebagai mana korang semua tahu, saya dalam rumah serta suami dan anak-anak kami disahkan positif Covid-19. Pembantu rumah kami pun kena juga. Kami semua kuarantin di rumah sekarang ini. Saya sangat takut nak bawa mereka semua ke pusat kuarantin. Semalam, suami saya tiba-tiba sesak nafas dan dia disahkan stage 4 dan 5 disebabkan virus ni. Saya mohon doa semua.

Menurut Rebecca mereka sekeluarga telah menjalani tempoh kuarantin di dalam rumah selepas disahkan positif Covid-19. Namun begitu, suaminya mengalami sesak nafas semalam akibat kekurangan oksigen. Susulan daripada itu, keluarga mentuannya telah menghubungi ambulans untuk mengambil suaminya dalam keadaan segera.  Tambah Rebecca, dia terpaksa meninggalkan anak-anak buat sementara waktu untuk menemani suaminya ke hospital. Sepanjang perjalanan, Rebecca diberitahu bahawa mereka perlu menunggu buat sementara waktu di tepi jalan. Ini kerana, kesemua hospital swasta sudah penuh. Bahkan, senarai menunggu juga agak ramai.

Hampir dua jam dalam ambulans sebab hospital penuh. Saya tak nak ke hospital kerajaan sebab saya degil dan sebab saya takut lihat keadaan di sana lagi teruk. Saya tak dapat bayangkan keadaan di MAEPS dan Sungai Buloh. Hospital swasta pun dah ada waiting list 1oo lebih orang. Saya agak takut sangat semalam. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk semalam. Saya teringat seorang rakan dan dia telah membantu kami. Saya cakap dekat ambulans terus ke sana. Sekurangnya, suami dapat oksigen dan jumpa doktor. Terima kasih kawan saya kerana menyelamatkan nyawa suami saya. Allah saja yang tahu perjalanan kami semalam.

Tujuan saya live ini saya nak bagitahu kepada anda semua bahawa covid ni memang jahat gila. Jaga diri baik-baik korang semua. Dia merebak terlalu cepat. Tolong jangan keluar rumah. Kepada kerjaan, lebih baik total lockdown. Kalau tidak semakin ramai yang sakit, mati dan kehilangan orang tersayang.

Ujar Rebecca lagi, hari ini dia terpaksa menelefon ambulans untuk mengambil pembantu rumahnya pula. Jelasnya, pembantu rumahnya mengalami kesukaran untuk bernafas dan memerlukan oksigen. Di akhir perkongsian, Rebecca berharap semua rakyat Malasyia kekal duduk di rumah demi kebaikan semua orang di negara ini.

Sumber: Rebecca


[VIDEO] '2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh' – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera 6

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.



[VIDEO] '2 Jam Kami Tunggu Tepi Jalan, Hospital Penuh' – Rebecca Nur Islam Positif Covid-19, Suami Perlu Bekalan Oksigen Segera 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo