Infotainment

[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup

[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup 1

[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup 2

February 8th, 2021 | by Shira

Kini Trending

[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup 3

Foto: Harian Metro

Di Pulau Pinang, sebuah kilang memproses makanan sejuk beku bukan Islam telah diserbu oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kerana didapati berada dalam keadaan yang menjijikkan.

[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup 4

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, sebelum ini pihak BKKM JKNPP telah memberi amaran kepada pemilik premis berkenaan tetapi langsung tidak diendahkan. Menurut Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP Mohd Wazir Khalid, ketika serbuan dilakukan baru-baru ini, mereka mendapati makanan yang diproses dibiarkan terdedah di atas lantai sehingga dihurung lalat dan lipas. Lebih menjijikkan apabila najis tikus turut dijumpai pada mesin dan peralatan yang digunakan untuk memproses makanan.

Dalam soal siasat, pemiliknya tidak habis-habis beri alasan kilang dah nak tutup sebab bankrap tapi dalam rekod sudah 50 tahun beroperasi dan berulang-ulang melakukan kesalahan sama.

Walaupun produk tersebut tidak dipasarkan kepada pengguna Muslim tetapi kilang terbabit masih perlu menjaga kebersihan bagi mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan.

[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup 5

Foto: Harian Metro

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, mereka turut menemui beberapa bungkusan produk bebola yang tidak mempunyai label dimana ianya secara tidak langsung akan memberikan kekeliruan dalam kalangan pengguna Muslim.

Kita dapati terdapat percampuran pada bahan ikan dan daging babi dalam proses menghasilkan bebola, dan apa yang menjadi kekeliruan terdapat bungkusan yang tidak mempunyai label.

Bagi produk yang mempunyai label (jenama) pula ditulis dalam tulisan Cina yang menyalahi undang-undang kerana setiap produk dikeluarkan wajib mempunyai tulisan bahasa Melayu kerana produk-produk makanan seperti ini kebiasaannya dijual di pasar basah.

Susulan daripada itu, pihak mereka bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MBSP) telah mengambil tindakan terhadap pemilik kilang terbabit. Malah, kilang tersebut juga diarahkan tutup selama dua minggu.

Sumber: Harian Metro



[VIDEO] Campur Bebola Ikan & Babi, Kilang Jijik Diarah Tutup 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo