Infotainment

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah..

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 1

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 2

Kini Trending

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 3

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Iskandar Arifin berkongsi sebuah video mengenai kegigihan seorang anak untuk membahagiakan ibunya. Menurut Iskandar, wanita yang dikenali sebagai Puan Juzailah itu berjaya membakar semangatnya untuk berusaha lebih keras demi memberikan kebahagiaan buat insan tersayang.

Ibu mana yang tak terharu bila tengok anak-anak dia berjaya weh. Aku pon terkejut tau, mula-mula tengok dia cakap nak bawa mak dia pergi rumah kawan dia. Tapi last-last anak dia buat kejutan hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo dekat Tijani Ukay. Mengalir air mata bila dia start menangis.

Menerusi video berdurasi 2:16 saat itu, Juzailah kelihatan mengajak ibunya untuk pergi ke sebuah rumah. Namun, setibanya di rumah tersebut, Juzailah atau mesra disapa dengan nama Ju memberitahu kepadanya ibunya bahawa rumah tersebut merupakan rumah baru mereka. Tambah Ju, dia menghadiahkan rumah tersebut buat ibunya. Sebak melihat reaksi ibu tercinta, Ju kelihatan mengalirkan air mata sebelum memasuki rumah tersebut.

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 4

Bila dah membesar dalam keadaan serba kekurangan ni, lagi lah buat membakar semangat kita untuk cuba mengubah nasib keluarga untuk jadi lebih baik kan! Berkat usaha ibu dia membesarkan anak-anak dia dalam keadaan serba kekurangan, akhirnya dibalas dengan hadiah yang terhingga.

Melihat video berkenaan, Iskandar meluahkan rasa semangat untuk mengubah nasib keluarganya juga. Jelas Iskandar, kejayaan yang dimiliki oleh Ju merupakan berkat doa ibu.

Ingat tau, walau berjaya macam mana sekali pun kehidupan kita. Tolonglah, jangan sesekali kita lupakan mak ayah kita. Tanpa restu mak ayah tak boleh kita berjaya macam hari ni. Terharu gila aku bila tengok video dari Juzailah Shariff ni. Jadi makin semangat aku nak cari duit! Kisah dari Puan Juzailah boleh dijadikan sebagai pembakar semangat korang! Walaupon dulu dia tinggal kawasan komuniti flat & hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Tapi dia langsung tak ada rasa rendah diri. Tapi dia terus berusaha utk berjaya & membahagiakan ibu yg tersayang

Di samping itu, Iskandar memberi nasihat buat anak-anak di luar sana agar jangan sesekali melupakan ibu dan ayah. Tanpa restu ibu dan ayah, seseorang anak itu tidak akan berjaya.

Sumber: Iskandar Arifin


[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 5

The following two tabs change content below.

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 6

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 6



[VIDEO] Ibu Rebah, Anak Buat Kejutan Belikan Rumah.. 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo