Artikel Terkini

[VIDEO] Lelaki tersipu jadi tumpuan kamera, Baby Shima puji ‘comel’

[VIDEO] Lelaki tersipu jadi tumpuan kamera, Baby Shima puji ‘comel’
[VIDEO] Lelaki tersipu jadi tumpuan kamera, Baby Shima puji ‘comel’ 1

PETALING JAYA – Gelagat seorang jemaah lelaki yang tersipu malu selepas kamera dihalakan kepadanya mencuit hati pengguna media sosial.

Video yang dimuat naik seorang wanita menerusi akaun TikTok @noramirachedin itu merakam gelagat individu tersebut sewaktu siaran langsung solat Jumaat ditayangkan di kaca television.

“Abang itu malu-malu pula apabila wajahnya dirakam dan sempat menjeling ke arah kamera,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

“Sudah berulang kali saya mengulang tayang video ini dan berulang kali juga saya tergelak,” komen seorang pengguna.

“Senyum itu adalah satu ibadah dan dia sebenarnya sedang melaksanakan dua ibadah sekali gus,” kata netizen lain.

“Ya Allah, abang. Mengapa mudah sangat terhibur, siap tergelak lagi. Solat jadi tidak khusyuk dan nampaknya abang kena solat semula,” ujar netizen lain.

Selain itu, ada juga netizen yang menyifatkan gelagatnya yang mudah terhibur itu dengan pelbagai situasi.

“Kelihatannya, sudah khusyuk, tetapi agaknya dia tiba-tiba teringat pasukan Brazil tewas,” seloroh seorang netizen.

“Ini merupakan reaksi anda yang sedang solat dan tiba-tiba teringat pekara yang melucukan bersama rakan-rakan,” tulis pengguna lain pula.

Dalam pada itu, penyanyi dangdut, Baby Shima (@babyshimaofficial) turut meninggalkan komen memuji dan menyifatkan gelagat tersebut sebagai sesuatu yang comel.

Hantaran itu meraih 203,300 tanda suka dan 2,900,000 jumlah tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

@noramirachedin Malu malu pulak diaaa.. #fyp ♬ Style Jitba x Spin Back – Kuya Magik


[VIDEO] Lelaki tersipu jadi tumpuan kamera, Baby Shima puji ‘comel’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo