Artikel Terkini

(VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai

(VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai 1

(VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai 2

Microgreens atau taugeh hijau ni antara hidangan sayur yang mahal. Harga 1kg microgreen antara Rm 18-40 bergantung kepada jenis. Ia banyak menjadi menu atau salah satu bahan yang digunakan oleh restoran lima bintang atau fine dining.

Apa itu microgreens?

Microgreens bukanlah nama sejenis sayur tetapi terdiri dari kumpulan pelbagai jenis sayuran yang kecil yang dituai pada usia yang masih muda iaitu sekitar 7-14 hari selepas disemai bergantung pada jenis sayuran/varieti. Kaedah tanaman juga lebih mudah tetapi mempunyai teknik yang tersendiri bagi mendapat kualiti yang baik.

Apa yang baiknyanya mengenai microgreens?
Biji Benih sayuran sememangnya mengandungi pelbagai nutrisi, vitamin, dan mineral yang diperlukan benih agar dapat tumbuh. Benih akan menggunakan nutrisi yang telah tersimpan untuk pertumbuhan batang, akar, dan daun pertama. Pertumbuhan ini akan menghasilkan atau mengeluarkan enzim-enzim di dalam benih untuk aktif bekerja. Oleh sebab itu, percambahan biji benih menghasilkan daun-daun yang kaya dengan kandungan zat yang sangat baik pada tubuh badan. Dikatakan kandungan khasiatnya lebih dari 4-6 kali ganda berbanding sayuran yang dituai pada usia tua.

Sumber:Fazli Syam

Tambahan, tempoh untuk hasilknnya sangat cepat iaitu antara 7 hingga 14 hari dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Antara tanaman yang sesuai dijadikan sebagai microgreens adalah:

  • Kobis
  • Broccoli
  • Bayam
  • Sawi
  • Kailan
  • Halba
  • Bunga matahari
  • Soya
  • Jergil
  • Flax seed
  • Chia seeds dan lain-lain lagi (VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai 3(VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai 4(VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai 5

Sayur yg dituai boleh buat salad, ulam, masuk dlm sup, stir fry atau goreng belacan. Cara tanam atau semai microgreens tak susah. Boleh lihat video yang disediakan:

(VIDEO) Tanam Sayur Microgreens Dalam Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai 2

Source link