Infotainment

Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran

Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran
Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran 1

Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon kacak, Zul Ariffin memaparkan beberapa ‘aksi’ panas dalam satu drama sehingga mencetuskan kontroversi. Susulan daripada itu, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad tampil memberi teguran mengenai babak tersebut.

Perlu ditegur kerana agak melampau batas

Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran 3

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Menteri Hal Ehwal Agama, beliau menyatakan bahawa drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan itu perlu ditegur kerana seolah-olah dicemari dengan kegusaran yang agak melampau batas. Ujarnya lagi, bulan Ramadhan adalah bulan yang sepatutnya kita mengejar takwa.

Hiburan tidak dihalang dalam Islam. Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

Walau bagaimanapun, Datuk Ahamd Idris bakal menghubungi pihak yang terbabit berhubung beberapa babak panas dalam drama tersebut agar perkara berkenaan boleh ditegah.

Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Persiapkan diri untuk bulan Ramadhan

Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran 4

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada seluruh umat islam, tidak kira usia dan kedudukan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi bulan Ramadhan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT.

Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadhan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara yang mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadhan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga Allah terus memimpin kita.

Terdahulu, Zul Ariffin memuat naik video memaparkan beberapa adegan ‘panas’ bersama pelakon baru iaitu Siti Hariesa. Video berkenaan memperlihatkan pelakon berusia 33 tahun itu merangkul badan Hariesa sambil menggendongnya. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi babak mengghairahkan yang dilakonkan dalam drama tersebut.

Sumber : Idris Ahmad

Viral Video ‘Aksi’ Panas Zul Ariffin, Menteri Hal Ehwal Agama Tampil Beri Teguran 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list