Berita

Wan Ahmad Fayhsal tetap sokong Undi18

Wan Ahmad Fayhsal tetap sokong Undi18 2

Putrajaya: Ahli Dewan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, tetap menyokong pendaftaran pengundi 18 tahun (Undi18) seperti pendiriannya sejak dua tahun lalu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, berikutan itu, pihaknya berharap isu itu dilaporkan secara adil dan tanpa sebarang keraguan.

Wan Ahmad Fayshal mengulas portal berita yang melaporkan beliau dikatakan mempersoalkan apa yang berlaku kepada Undi18 selain menyatakan rakyat Malaysia berusia 18 tahun belum bersedia untuk mengundi.

Katanya, tajuk berita itu hanya disokong oleh sebuah komen yang mengandaikannya “membayangkan bahawa anak muda Malaysia belum bersedia untuk menggunakan hak mengundi dan beberapa bentuk pendidikan politik perlu diinstitusikan terlebih dahulu.”

“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa apa yang saya maksudkan bukanlah seperti itu.

“Namun, saya memang menyuarakan kebimbangan dan kepercayaan tegas saya bahawa dengan adanya hak mengundi, ada juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Wan Fayshal berkata, hak pengundi untuk memilih sudah semestinya perlu diiringi dengan kewajipan moral untuk melakukannya dengan bijaksana.

Katanya, sebagai seorang daripada pendokong Undi18, beliau sendiri pernah menyuarakan perkara sama dalam artikel diterbitkan Berita Harian yang melaporkan penekanannya mengenai kepentingan pendidikan pengundi supaya mereka mampu membuat keputusan yang adil dalam apa juga keadaan.

“Apa yang saya katakan di Clubhouse (aplikasi rantaian sosial) dua hari lalu tidaklah berbeza daripada apa yang nukilkan hampir dua tahun lalu.

“Sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen seperti kita memerlukan program-program pendidikan pengundi seperti keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri, kedaulatan undang-undang, peranan raja-raja sebagai payung negara, serta peranan utama demokrasi untuk mempertahankan negara kita sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Beliau berkata, sesebuah demokrasi hanya boleh terus berdiri jika rakyatnya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang sahih, bukannya spekulasi dan ramalan.

Pada masa sama, katanya media perluberperanan penting untuk menyampaikan laporan yang benar dan adil kepada masyarakat sivil.

Selain itu, katanya, beliau ingin menggalakkan semua pihak untuk meneruskan dialog dalam hal ini.

“Masa depan negara tercinta ini bergantung sepenuhnya kepada usaha kita semua. Pintu saya sentiasa terbuka, ayuh kita jayakan bersama,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal tetap sokong Undi18 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo