Artikel Terkini

Wan Rosdy yakin Johari akan beri perkhidmatan terbaik

Wan Rosdy yakin Johari akan beri perkhidmatan terbaik
Wan Rosdy yakin Johari akan beri perkhidmatan terbaik 1

ROMPIN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan  memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di DUN tersebut.

Beliau berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) itu perlu dibuktikan dan diterjemah menerusi perkhidmatan yang ditaburkan kepada masyarakat.

“Saya yakin beliau boleh menjadi wakil rakyat kepada masyarakat DUN Tioman, tiada beza antara Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam memberi perkhidmatan.

“Cuma menjadi Exco merentasi kawasan DUN Tioman, manakala ADUN menumpukan di kawasan sahaja,” katanya selepas pengumuman pilihan raya DUN Tioman di sini, hari ini.

Mohd Johari yang merupakan penyandang kerusi itu menang dengan majoriti tipis 573 undi selepas memperoleh 8,080 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim yang mendapat 7,507 undi.

Tiga lagi calon iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Pakatan Harapan mendapat 784 undi, Osman A Bakar (Pejuang) 79 undi dan Sulaiman Bakar (Bebas), yang hanya memperoleh 58 undi.

Wan Rosdy berkata, BN Pahang akan melunaskan janji, mengkaji keperluan dan meluluskan keperluan mengikut keutamaan.

“Semua perkara yang dibangkitkan masa kempen saya akan teliti kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat diluluskan dengan segera tetapi ada perkara yang boleh diluluskan segera

“Kalau isu berkaitan pembangunan dan melibatkan kos kewangan, saya kena melihat kita ada peruntukan kewangan baru boleh,” ujarnya.

Sementara itu, Johari yang menzahirkan kesyukuran ke atas kejayaannya berkata, kemenangan adalah daripada kerja kuat semua pihak.

“Kejayaan ini juga merupakan kejayaan perpaduan yang tersemai bersama demi kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan kaum. Terima kasih atas kerjama yang diberikan kepada Barisan Nasional,” katanya. – MalaysiaGazette

Wan Rosdy yakin Johari akan beri perkhidmatan terbaik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo