Infotainment

Wanita ‘Insiden Basikal Lajak’ Dibenarkan Tangguh Hukuman Dengan Ikat Jamin RM10,000

Wanita ‘Insiden Basikal Lajak’ Dibenarkan Tangguh Hukuman Dengan Ikat Jamin RM10,000
Wanita 'Insiden Basikal Lajak' Dibenarkan Tangguh Hukuman Dengan Ikat Jamin RM10,000 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin membenarkan kerani wanita, Sam Ke Ting menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak lima tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk P Ravinthran bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebulat suara membenarkan permohonan Sam Ke Ting yang diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.

Panel membenarkan wanita itu dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, sekali gus menyebabkan kerani itu dibebaskan sementara dengan ikat jamin sehingga rayuan didengar.

Pada Rabu minggu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 (atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda) terhadap Sam Ke Ting, berkuat kuasa serta merta. Semasa prosiding itu, Abu Bakar turut menolak permohonan wanita terbabit untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, lapor Sinar Harian.

Sam Ke Ting didakwa telah menyebabkan kematian lapan penunggang ‘basikal lajak’ di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Baru pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Bagaimanapun pemandu wanita itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian dalam insiden terbabit.

Baca lebih lanjut keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang dibuat pada minggu lalu menerusi pautan di bawah.

Wanita Sebabkan Kematian Lapan Remaja Berbasikal Lajak Dihukum Penjara Selama 6 Tahun

Ibu Bapa 8 Mangsa Tragedi Langgar Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah

Tular Video Lumba Di Jalanan, Netizen Mahu Basikal Lajak Diharamkan Atas Jalan Raya


Wanita 'Insiden Basikal Lajak' Dibenarkan Tangguh Hukuman Dengan Ikat Jamin RM10,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list