Infotainment

Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang

Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang
Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang 1

Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang

Sebelum ini, rumah tangga yang dibina oleh pelakon Mak Wan Latah pada 22 Januari lalu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja apabila dia diceraikan dengan talak satu.

Artikel berkaitan : ‘Berdosa Besar Buka Aib Orang’ – Mak Wan Latah

Namun, nama Mak Wan sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila ada individu yang menuduh pelakon itu menyihir neneknya sehingga dimasukkan ke dalam Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Dituduh bomohkan pelakon lain

Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang 3

Menerusi ciapan individu berkenaan di Twitter, wanita terbabit menuduh pelakon berusia 61 tahun itu menggunakan pengamal perubatan tradisional (bomoh) sehingga menyebabkan jantung neneknya tersumbat.

Dulu kau main bomoh buat nenek aku duduk lama dalam CCU sebab jantung tersumbat. Motif kau buat macam tu sebab kau dengki nenek aku dapat job banyak. Lepas kau bomohkan nenek aku, job kau pulak non stop sampai lah sekarang kau dah famous. Aku rasa nak pijak je.

Dalam pada itu, dia mendakwa pelakon terbabit sempat bertemu dengan neneknya untuk meminta maaf sebelum mengerjakan ibadah umrah. Difahamkan, nenek kepada wanita itu dikenali sebagai Kak Chah merupakan pelakon iklan di media cetak satu ketika dahulu dengan membawa tagline ‘zaman dah berubah, dunia dah maju’.

Lama dah, sebelum Mak Wan ni famous macam sekarang hahaha dia sendiri datang jumpa nenek aku sebelum dia pergi umrah. Dia datang minta maaf dan beritahu semua apa yang dia dah buat kat nenek aku.

Sudah tidak tahan menerima kecaman daripada warganet, Mak Wan membuat keputusan untuk menghubungi anak kepada wanita terbabit, Ery untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Ery kenapa cucu Kak Chah kata Mak Wan sihir Kak Chah. Bila masa Mak Wan sihir pulak. Kali terakhir Mak Wan jumpa mak Ery masa atas kapal. Lepas tu Mak Wan dapat khabar, Ery bawa mak Ery berubat dekat Pulau Pinang.

Ujarnya lagi, dia seperti tidak percaya dituduh menyihir ibu kepada Ery itu sedangkan mereka sudah lama berkawan. Lebih mengejutkan lagi apabila individu berkenaan mendakwa pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu merampas peluang pekerjaan Kak Chah sebagai pelakon. Susulan daripada itu, Mak Wan membuat laporan polis kerana kenyataan tersebut telah mengaibkannya di media sosial.

Rupanya Mak Wan yang lain

Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang 4

Walau bagaimanapun, individu berkenaan tampil memohon maaf kepada Mak Wan kerana dia sudah tersalah orang dan rupa-rupanya Mak Wan yang lain dan bukannya Mak Wan Latah. Malah, dia turut memadam ciapan berkenaan serta sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mak Wan.

Salam Mak Wan, Saya Nysa cucu Kak Chah. Bapa saudara saya Hairee baru call saya. Saya nak minta maaf ye, Mak Wan yang saya maksudkan tu orang lain rupanya.

Bapa saudara saya call tadi dia beritahu Mak Wan tu orang lain bukan Mak Wan Latah. Saya dengan rendah diri saya memohon ampun dan maaf. Saya dah delete tweet saya.

‘Padah memfitnah’

@itzzme.mell Padah Memfitnah ?@_makwanlatahofficial #diamxbermaknakalah #kuasaviral #viral #fyp ? [Suspense] thrilling and tense music(813253) – Meat Pie 25
@itzzme.mell @_makwanlatahofficial ? bunyi asal – ????? – ??? ?????
@itzzme.mell Balas kepada @cikjemah2 part 3 die dah mtk maaf . Antara PERBUALAN kakmel & nissa . Kes tutup ! #jgnkongsidulukalaubelumpasti #kuasaviral #fyp ? bunyi asal – ????? – ??? ?????

Sumber : itzzme.mell

Wanita Tuduh Mak Wan Sihir Nenek Sampai Masuk ICU Mohon Maaf, Beri Alasan Salah Orang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo