Infotainment

Wany Kayrie Dedah Ada Kawan-Kawan Jadi Sugar Baby

Wany Kayrie Dedah Ada Kawan-Kawan Jadi Sugar Baby 2

Baru-baru hangat diperkatakan di media sosial apabila aplikasi mendedahkan 10 universiti tempatan mempunyai ramai sugar baby dan perkara itu sekaligus mengejutkan ramai pihak.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie yang kini menuntut di universiti swasta di Shah Alam, mendedahkan ada pelajar dikenalinya terlibat dengan aktiviti sugar baby.

“Saya tak terkejut apabila isu ini dibangkitkan sebab ia bukan saja dalam kalangan pelajar, tapi mereka yang sudah bekerja. Ada di antaranya memang saya kenal, tapi saya tak boleh nak menghakimi sesiapa,” katanya.

Menurut Wani dia hanya mampu memerhati dari jauh tetapi akan menegur sekiranya perlu. Ujarnya, dia memahami ramai mengalami masalah kewangan tetapi mereka perlu menanggung kesannya kelak.

“Kepada orang-orang yang saya kenal, saya hanya mampu memerhati dari jauh. Mungkin itu hal mereka, tapi kalau sampai satu tahap yang saya rasa saya patut tegur, saya akan tegur.

“Saya faham apabila ramai yang memperkatakan masalah kewangan menjadi punca isu ini. Apa yang saya mampu katakan adalah itu hakikat sebenar kehidupan.

“Mereka pilih jalan itu, jadi mereka perlu bersedia untuk menanggung kesannya. Kalau ada kawan rapat dengan saya yang mencari ‘sugar daddy’ untuk menanggung kehidupan, saya sebagai kawan akan tegur,” katanya.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai pelajar universiti mencari sugar daddy bagi menampung kos hidup serta yuran pengajian.



Wany Kayrie Dedah Ada Kawan-Kawan Jadi Sugar Baby 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo