Infotainment

“Watie Ni Penyayang & Sabar Dengan Budak-Budak, Benda Tu Mahal”

“Watie Ni Penyayang & Sabar Dengan Budak-Budak, Benda Tu Mahal”
“Watie Ni Penyayang & Sabar Dengan Budak-Budak, Benda Tu Mahal” 1

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu mengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang usahawan bernama Watie.

Menerusi temu bual bersama Melodi Ahad lalu, Shuib berkata dia tidak pernah keluar berdua dengan usahawan itu sebaliknya sentiasa bersama-sama anak-anak ataupun keluarga.

BACA: Keluar Dinner Bersama, Shuib Akui Watie Ada Ciri-Ciri Sesuai

“Tak pernah saya keluar berdua, kalau keluar dengan anak-anak, family, mentua saya. Sebelum ini ada anak-anak jumpa dia kenal dia, Alhamdulillah, anak-anak selesa dan happy

“Sekarang ni saya memang utamakan kesihatan mental anak-anak. Saya faham diorang perlukan seorang wanita, good start,” katanya.

Ditanya bagaimana reaksi anak-anak apabila diberitahu mengenai hubungannya dengan Watie, Shuib berkata anak-anaknya gembira.

“Deorang okay, happy. Kita kalau ada benda baik yang datang, apa kata kita raikan sebab wallahualam kita kadang-kadang tak tahu mana satu yang okay mana yang tak okay. Deorang happy itu yang lebih penting,” katanya.

Sementara itu, Shuib mengakui bukan mudah untuk menjaga empat anaknya serta menegaskan dia mementingkan anak-anak dan keluarga terlebih dahulu dalam mencari jodoh. 

Dalam pada itu, Shuib mengakui Watie seorang yang penyayang, pandai melayan kerenah anak-anak serta penyabar. Katanya lagi, dia mencari wanita yang mempunyai kriteria seperti itu untuk menjaga anak-anaknya.

“Dia ni penyayang, pandai layan anak-anak, sabar betul dengan budak-budak, so benda tu mahal.  Saya perlu cari orang sebegitu untuk menjaga anak-anak saya InsyaAllah,” katanya.


“Watie Ni Penyayang & Sabar Dengan Budak-Budak, Benda Tu Mahal” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo