Infotainment

WhatsApp Turut Mempunyai Isu Privasi Yang Membolehkan Aktiviti Pengguna Diintip

WhatsApp Turut Mempunyai Isu Privasi Yang Membolehkan Aktiviti Pengguna Diintip 2

Di tahap manakah satu isu privasi atau sekuriti itu berlaku baru kita sebagai pengguna akan berhenti menggunakan sesuatu perkhidmatan atau aplikasi? Baru-baru ini 11 juta data peribadi pengguna Facebook di Malaysia tertiris di arena web. WhatsApp pula mengubah polisi pengguna mereka dengan berkongsi data ke Facebook. Ini bukan kali pertama Facebook atau WhatApp mengalami masalah begini, sudah banyak kali ianya berlaku tetapi sehingga hari ini masih ramai lagi yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini. Walaupun Telegram yang jauh lebih baik dari WhatsApp menawarkan ciri dan fungsi menarik dan juga kebolehan memindahkan data – majoriti masih memilih WhatsApp.

Beberapa hari lepas, WhatsApp dilaporkan mempunyai kerentatan sekuriti yang membolehkan sesiapa yang ketahui nombor telefon boleh menggantung akaun WhatsApp dari jarak jauh tanpa ada notifikasi amaran. Terkini satu lagi isu mula timbul selepas disedari oleh satu firma sekuriti, Traced. Traced mendapati terdapat aplikasi di Play Store yang menyamar sebagai aplikasi pemantauan peranti anak-anak untuk ibu-bapa yang boleh menembusi tetapan privasi anda. Misal kata anda sorokkan status Last Seen anda, dengan hanya memasukkan nombor telefon anda – aplikasi ini boleh menjana laporan aktiviti penggunaan WhatsApp anda termasuk sama ada anda berada di atas talian atau di luar talian.

Aplikasi ini juga boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengintip dengan siapakah anda berhubung. Contoh Ajib dan Idin sedang berWhatsApp tanya mengenai isu PKP, Nuar boleh gunakan aplikasi ini untuk ketahui sama ada adakah Ajib dan Idin baru sahaja berWhatsApp antara satu sama lain ataupun tidak.

WhatsApp Turut Mempunyai Isu Privasi Yang Membolehkan Aktiviti Pengguna Diintip 4
Sumber: Android Police

Malang sekali, WhatsApp tidak membenarkan pengguna menyembunyikan status WhatsApp anda kepada nombor yang tidak dikenali. Jadi tiada cara untuk mengelak status WhatsApp anda diintip oleh orang lain. WhatsApp juga masih tidak memberikan kenyataan mengenai hal ini. Firma sekuriti ini juga tidak mendedahkan aplikasi apa yang boleh digunakan untuk tujuan ini bagi mengelak sebarang isu lain.

Jika anda terserempak dengan aplikasi seperti ini, elakkan gunakannya untuk tujuan tidak baik. Malah, anda juga mungkin boleh menjadi mangsa intipan daripada pembangun aplikasi ini. Sama-sama kita menjadi pengguna yang bertanggungjawab.

WhatsApp Turut Mempunyai Isu Privasi Yang Membolehkan Aktiviti Pengguna Diintip 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo