Artikel Terkini

William F. Miller – Perintis Penipuan Skim Cepat Kaya

William F. Miller - Perintis Penipuan Skim Cepat Kaya 1

William F. Miller - Perintis Penipuan Skim Cepat Kaya 2

Pernah dengar nama Charles Ponzi? Nama ini amat sinonim dengan skim ponzi. Namun, tahukah anda, kira-kira 20 tahun sebelum Charles Ponzi menjalankan skim ponzi beliau, William F. Miller sudah melancarkan ‘Sindiket Franklin’ di Brooklyn, New York?

Bagi anda yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan skim ponzi, ianya merupakan sebuah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan janji pulangan keuntungan yang luar biasa kepada pelabur, berdasarkan carian pelabur baharu dan bukannya berdasarkan keuntungan perniagaan sebenar.

Sistem penipuan seperti ini, kebiasaannya di gunakan dalam skim cepat kaya. Sifat semula jadi sistem Ponzi ialah ianya tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang ditipu.

Asal-Usul Skim Penipuan William F. Miller

Pada asalnya William F. Miller hanya beroperasi secara kecil-kecilan pada tahun 1898, namun sindiket penipuan tersebut meningkat naik secara mendadak apabila beliau mendapatkan idea untuk menawarkan perjanjian pulangan keuntungan 10% dalam seminggu atau 520% dalam setahun. Sesiapa sahaja dibenarkan melabur seberapa banyak yang mereka mampu laburkan.

Pada asalnya tiada sesiapa yang mengetahui apakah jenis perniagaan yang William F. Miller jalankan, para pelabur pun tak mempedulikannya. Perkara yang mereka hanya fokus adalah skim pelaburan tersebut merupakan yang terbaik yang pernah mereka tahu, kerana ianya mampu memberikan pulangan yang luar biasa.

Dalam masa yang sama, tiada sesiapa yang mencurigai sindiket yang dirancang oleh William F. Miller, kerana beliau berjaya memulangkan keuntungan wang para pelabur.

Sindiket pelaburan beliau mendapat perhatian orang ramai, apabila William F. Miller telah melakukan promosi besar-besaran di seluruh negara Amerika Syarikat. Siapa yang tak teruja dengan surat pekeliling skim pelaburan beliau yang mampu memberikan pulangan sebanyak 10% dalam masa seminggu.

Ianya semakin hangat apabila beliau turut menambah 5% pulangan bagi mereka yang mampu menarik pendatang baru untuk melabur ke dalam skim pelaburan ini.

Dipercayai ketika Sindiket Franklin memuncak, beliau telah berjaya menarik 20,000 pelabur pada tahun 1899 dan telah menggelapkan jutaan US Dolar; sebelum penguatkuasa sempat memberhentikan skim pelaburan tersebut dan menggelarkannya sebagai sebuah skim penipuan.

Bayangkan nilai wang tersebut pada hari ini, boleh cecah berbilion US Dolar juga rasanya. Ia bukan saja telah merintis jalan untuk Charles Ponzi melakukan skim penipuan yang serupa, malah ianya terus berkembang sehingga ke hari ini.

Jangan lupa baca:

William F. Miller - Perintis Penipuan Skim Cepat Kaya 3
William F. Miller - Perintis Penipuan Skim Cepat Kaya 4

William F. Miller - Perintis Penipuan Skim Cepat Kaya 2

Source link