Infotainment

Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – ‘Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja’

Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – 'Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja' 1

Kini Trending

Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – ‘Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja’

Menjadi seorang ibu bukan satu kerja yang mudah. Pelbagai tanggungjawab dan tugasan rumah tangga perlu diuruskan dengan baik agar semuanya teratur.

Perkara itu turut diakui aktres Zahirah Macwilson yang menjaga anak lelakinya, Isaac Raees, kini berusia 10 bulan.

Artikel Berkaitan: Wanita Ini Nangis ‘Breakdown’ Penat Jaga Anak, Dedah Masalah Depresi Dalam Kalangan Suri Rumah

Artikel Berkaitan: Isu ‘Housewife’ Depresi, Peguam Syarie Dedah Ramai Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan

Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – 'Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja' 4

Menurut Zahirah, 26, aktiviti hariannya menjadi sibuk apabila terpaksa menguruskan Isaac dan neneknya sendirian disebabkan suaminya yang juga merupakan pelakon, Aiman Hakim Ridza sudah kembali ke set penggambaran.

Kata pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol, Isaac menjadi anak kecil yang sangat manja selain hilang selera makan kerana sedang melalui fasa pertumbuhan gigi.

Dah beberapa hari tak post. Isaac super super manja dan cranky sejak kebelakangan ini kerana dia tumbuh gigi lagi.

Dia tidak akan membiarkan saya hilang dari pandangannya. Aiman dah kembali ke set penggambaran jadi ia menjadi beberapa hari yang sibuk untuk saya.

Menjaga Isaac, menjaga nenek saya, kerja rumah, mengemas, memasak, menyiapkan kerja saya sendiri. Apatah lagi Isaac juga kehilangan sedikit selera kerana sakit giginya (menyediakan makanan dan dia tidak mahu makan). Menguruskan segala-galanya sendirian. Sejujurnya saya tidak pernah berasa terlalu letih.

Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – 'Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja' 6

Dalam pada itu, pelakon drama Cik Cinderella dan Encik Tengku akui menangis disebabkan terlampau letih sehinggakan terlupa untuk jamah sedikit makanan.

Bagaimanapun, tegasnya, dia tidak mengeluh dengan tugasan tersebut tetapi sekadar berkongsi kepada umum.

Terpaksa membiarkan diri saya menangis seketika hanya kerana saya terlalu letih dan sakit tangan disebabkan sepanjang hari dukung Isaac yang beratnya 9 kilogram dan juga terlupa untuk makan.

Tak kisah pun dengan rupa saya sebab masing-masing ada keutamaan yang berbeza sekarang. Bagaimanapun, bukan mahu merengek atau apa tetapi sekadar meluahkan saja.

Siapa lagi berasa sangat letih sehingga mahu breakdown atau menjerit? Sama ada anda mempunyai seorang atau lima anak, tiada anak dan hanya melalui masa yang sukar dan tertekan. Saya rasa apa yang awak rasa. Lepaskan. Anda telah melakukan kerja yang luar biasa. Semuanya akan baik-baik saja.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Zahirah selamat melahirkan Isaac di Perth pada 5 Januari lalu.

Sumber: @zahirahmacwilson


Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – 'Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja' 8

The following two tabs change content below.


Zahirah Macwilson Akui Tak Mudah Urus Rumah Tangga Sendiri, Nangis Sebab Penat Sangat – 'Bukan Merengek Tetapi Sekadar Meluahkan Saja' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo