Infotainment

Zara Zya Menangis Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan

Zara Zya Menangis Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan

Zara Zya Menangis Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan 1

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan apabila ada individu menuduh dirinya menyalahgunakan dana yang dikumpul olehnya buat golongan yang memerlukan.

Zara berkata dia sedih apabila didakwa menipu serta mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain serta ada yang memandang serong dengan dengan kebajikan dilakukannya.

BACA: Zara Zya Bengang Dihentam Kongsi Video Ranjang

“Ada kata saya menipu, bawa lari duit orang dan bukan nak tolong orang..saya sedih sebenarnya. Dari kecil saya suka tolong orang, suka share rezeki dengan orang dan kalau nampak orang susah saya akan tolong.

“Tapi sekarang ni bila saya mengajak lebih ramai orang yang baik-baik untuk membantu orang lain lebih susah, susah sangat ke?” katanya.

Dalam pada itu, Zara berkata laman web khas Malaysia Prihatin yang dilancarkannya itu adalah bagi memudahkan orang ramai menghulurkan pertolongan. Katanya lagi, laman web tersebut tidak perlu diragui kerana ia sah dan segala resit sumbangan juga ada.

“Saya buat laman web www.malaysiaprihatin.com sebab saya dapat feedback negatif bila saya bagi nombor akaun saya tapi katanya duit tak tahu ke mana, tak tahu betul atau tak. Jadi website itu untuk korang menyumbang dan mendapatkan resit. Tapi tetap mengata di belakang.

“Kalau tak tahu cerita tolong jangan cakap buruk pasal orang lain sebab kata-kata itu satu doa. Saya tak tahu apa lagi perlu buat untuk tolong orang lain,” katanya.



Zara Zya Menangis Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo