Infotainment

Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000

Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000

Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000 1

Pelakon Zarina Zainuddin hilang kata-kata apabila anak bongsunya, Adam, 15 tahun membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian.

Lebih mengejutkan Zarina berkata wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu hanya tinggal RM3 sahaja.

BACA: Peluk Cium Anak Bujang, Zarina Zainuddin Ditegur Jaga Batas

“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.

“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Zarina ada berkongsi video anaknya itu mengaku kesilapannya, bagaimanapun video itu dipadam selepas dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu membuka aib anaknya. Namun,  Zarina berkata dia tiada niat mengaibkan tetapi mahu perkara itu menjadi iktibar kepada ibu bapa lain.

“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata dia seorang ibu yang sangat tegas dengan anak-anak dan akan memastikan mereka mengakui kesilapan serta menanggung kesan daripada kesalahan tersebut.



Zarina Zainuddin Menggigil Satu Badan, Anak Beli Game Online RM10,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo