Infotainment

Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz

Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 1

Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 2

Peranti-boleh-pakai Zepp yang terkini akhinya diperkenalkan secara rasmi. Dikenali sebagai Zepp Z, jam tangan pintar ini hadir dengan pilihan bahan binaan yang baik dan kemasan yang tampak eksklusif serta mewah.
Zepp Z hadir dengan rekaan jam tangan bermuka bulat bersama tiga butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam.

Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 3
Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 6

Dari segi binaan, bezel jam tangan pintar ini diperbuat daripada aloi titanium, manakala tali yang disertakan padanya pula menggunakan bahan berasaskan kulit. Zepp Z mempunyai paparan bersaiz 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 piksel. Seterusnya, ia juga menyokong sehingga 50 pilihan muka jam yang boleh dipilih menerusi aplikasi Zepp.

Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – SpO2 untuk pengesanan ketepuan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, pengesan geomagnetik, gyroscope, barometer, accelerometer dan sensor cahaya ambien. Ia juga dilengkapi 12 mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna.

Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 4
Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 7

Spesifikasi lain termasuk – sokongan GPS dan GLONASS, bateri 340mAh dengan ketahanan maksimum 30 hari, kemampuan kalis air 5ATM, sistem penilaian kesihan PAI, sokongan pembantu maya Alexa dan bluetooth 5.0. Zepp Z dijual pada harga $349 dan dikatakan bakal hadir dalam versi ECG selepas mendapat kelulusan kelak.



Zepp Z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Ketahanan Bateri Yang Lama – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo