Artikel Terkini

BNM turunkan OPR kepada 2.75 peratus daripada 3 peratus



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara telah menetapkan kadar dasar semalaman (OPR) dari 3 peratus kepada 2.75 peratus.

Laporan media menyebut, penurunan sebanyak 25 mata itu telah mengejutkan ramai penganalisis ekonomi yang sebelum ini menjangkakan OPR akan kekal pada 3 peratus.

Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengurangan berkenaan merupakan langkah awal bagi memperolehi trajektori pertumbuhan yang lebih baik, serta kestabilan harga.

“Pada tahap OPR kini, MPC berpandangan bahawa pendirian dasar monetari adalah bersesuaian dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi selari dengan kestabilan harga itu.

“Bagi tahun 2020, kadar pertumbuhan akan meningkat secara berperingkat, disokong perbelanjaan isi rumah, serta prestasi pengeksportan yang lebih baik,” katanya lagi.





Source link

Related Posts