Artikel Terkini

Boulevard Serviced Apartment dan Boulevard Business Park: Daya tarikan baharu Kuala Lumpur


Ketika ini banyak projek pembangunan komersial dan kediaman di sekitar luar Lembah Klang begitu rancak dijalankan sebagai satu tarikan kepada orang ramai yang ingin membina kehidupan berkeluarga, kerjaya atau perniagaan yang baharu.

Tidak dinafikan bahawa memang terdapat banyak pilihan kediaman atau premis komersial baharu yang boleh dimiliki dengan penyediaan kemudahan infrastruktur yang berkualiti.

Akan tetapi, pada masa yang sama, sebenarnya masih ramai warga kota yang lebih berminat atau selesa untuk terus kekal berada di bandaraya Kuala Lumpur atau berdekatannya sama ada untuk bekerja atau memiliki kediaman.

Hal ini demikian kerana golongan seperti ini lebih selesa berada dalam sebuah kawasan kediaman yang dikelilingi dengan pelbagai kemudahan daripada peringkat asas hinggalah kehendak mewah.

Jika anda salah seorang daripada kumpulan yang berfikiran seperti ini, maka Boulevard Serviced Apartment (BSA) yang terletak di Jalan Kuching adalah pilihan yang tepat dan menarik.

Img 4350 1

Apa kata kita mulakan dengan membincangkan kelemahan yang mungkin mengganggu fikiran anda untuk memiliki salah sebuah unit di BSA terlebih dahulu?

Jika terdapat satu kelemahan yang terbesar yang boleh diperkatakan, sudah tentu mengenai kesesakan setiap hari yang melanda Jalan Kuching. Itu sahaja.

Namun begitu, kelemahan ini sebenarnya mampu diatasi dengan mudah kerana berdekatan kawasan ini terdapat banyak pengangkutan awam dan jaringan lebuhraya yang memudahkan perjalanan anda ke tempat kerja setiap hari.

Berbanding kelemahan, kelebihan BSA pula begitu banyak dan meliputi pelbagai aspek dan keperluan harian.

Dibangunkan oleh Magna City Development Sdn Bhd, BSA menepati konsep kediaman selesa untuk keluarga kecil kerana menawarkan keluasan yang cukup selesa kepada para penghuninya iaitu antara 1009 hingga 1234 kaki persegi disertai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Apa yang menarik, dari ruangan kediaman, anda juga boleh menyaksikan keindahan bandaraya Kuala Lumpur pada malam hari yang mana jaraknya hanya 5km dengan KLCC.

Untuk keselesaan para penghuni beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga, BSA turut menyediakan kolam renang dilengkapi bilik tukar pakaian, kafeteria, kawasan barbeku, gimnasium dan taman permainan kanak-kanak.

Boulevard Business Park (BBP)

Jkcc Bbp Img 6068

Tidak cukup dengan itu, BSA juga dibangunkan di atas kawasan komersial bersepadu yang dikenali sebagai Boulevard Business Park (BBP). Sesuai dengan hasrat Magna City Development Sdn Bhd untuk menjadikan BBP sebagai ‘nadi baharu’ di Jalan Kuching, BBP telah dibangunkan dengan empat konsep pembangunan seperti berikut:

  1. Tenor Square yang menawarkan lot kedai pejabat 4 tingkat yang dilengkapi kemudahan lif.
  2. Rhythm Avenue pula terletak di tengah kawasan pembangunan. Di sini sebuah kawasan komersial berbumbung sepenuhnya yang mana menempatkan premis-premis perniagaan termasuklah makanan, minuman dan sebagainya.
  3. Medly Park mungkin antara yang menarik perhatian ramai kerana ia merupakan sebuah kompleks yang turut terdiri pasaraya besar dan dilengkapi lebih kurang 2,000 unit parkir. Sudah pasti selesa kepada setiap para pengunjungnya.
  4. The Chorus adalah sebuah menara apartmen servis 30 tingkat yang terjamin kualiti keselamatan dan memastikan penghuninya kekal menikmati persekitaran yang eksklusif. The Chorus juga adalah BSA.

Akses Jaringan Lebuhraya

Jalan Kuching – MRT Corp

Walaupun Jalan Kuching kerap dibebani dengan imej kesesakan jalan raya yang panjang tetapi dengan kemudahan jaringan lebuhraya yang terletak berdekatan dengan BSA, ternyata masalah itu tidak timbul lagi.

Hal ini kerana berdekatan BSA, terdapat 8 lebuhraya yang memudahkan para penghuninya untuk bergerak ke mana-mana. Lebuhraya tersebut adalah DUKE, Lebuhraya Jalan Kuching, PLUS, NKVE, SPRINT, LDP, Penchala Link dan Lebuhraya KL-Karak yang membawa ke Lebuhraya Pantai Timur.

Tambahan pula DUKE kini mempunyai akses yang menghala ke Kuantan, Sungai Buloh dan ibu kota melalui Jalan Tun Razak dan Jalan Genting Klang. Sudah pasti perjalanan harian anda akan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Destinasi Membeli-belah

Easy RHB Sungai Mas Plaza - RHB bank Jln Ipoh Sg Mas Plaza

Tidak lengkap jika membincangkan tentang BSA dan BBP tanpa menyebut tentang pelbagai kompleks membeli belah dan tempat untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Antara kompleks membeli belah berdekatan adalah Brem Mall, Plaza Sungai Mas, Tesco Extra Selayang, Tesco Kepong Village Mall-Menjalara, AEON Metro Prima Kepong, Selayang Mall dan Plaza Mont Kiara. Jika mahukan barangan keperluan harian yang segar, Pasar Borong Selayang juga terletak berdekatan BSA.

Kemudahan Awam

Penghuni BSA yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah tidak perlu bimbang tentang persekolahan mereka kerana terdapat kemudahan pendidikan peringkat rendah dan menengah seperti Sekolah Kebangsaan Sri Delima, Sekolah Kebangsaan Batu 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah.

Sementara itu, bagi umat Islam pula terdapat Masjid Abu Hurairah dan Masjid Wilayah Persekutuan berdekatan BSA. Selain itu balai polis, balai bomba dan Hospital Selayang juga ada yang akan menjamin keselamatan serta kesihatan orang ramai.

Bertindak segera

Selepas meneliti semua kelebihan, kemudahan dan potensi menarik yang terdapat di BSA dan BBP ini, maka segeralah bertindak untuk memastikan anda sebagai salah seorang pemilik kediaman yang mempunyai nilai pasaran yang amat baik ini.

Untuk makluman, yuran tempahan yang dikenakan bagi unit BSA adalah RM1,000 manakala lot kedai pejabat pula hanyalah 2 peratus daripada harga jualan.

Terdapat juga diskaun istimewa yang turut ditawarkan iaitu bagi unit BSA, diskaun adalah daripada 20 peratus hingga 23 peratus. Bagi lot kedai pejabat pula, diskaun ditawarkan adalah antara 6 peratus hingga 40 peratus.  Bagi kedua-dua jenis premis ini, yuran guaman untuk perjanjian jual beli (SPA) dan perjanjian pinjaman adalah percuma.

Harga yang ditawarkan bagi unit BSA pula adalah antara RM559,425.88 hingga RM1,015,143.53. Untuk lot kedai pejabat, anggaran harga bermula RM654,117.65 hingga RM3,088,058.82.

Perlu juga diketahui bahawa bilangan unit yang masih boleh direbut bagi BSA hanyalah 28 unit sahaja lagi manakala lot kedai pejabat pula adalah 49 unit.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, hubungi Atiqah di talian 012-946 4812 atau Thiru ditalian 012-606 9376.





Source link