Artikel Terkini

“Brother” Ni Tunjuk DIY Lengkap Buat Sendiri “Built-in Wardrobe”


Build in wardrobe adalah idea bijak untuk penyediaan ruang penyimpanan di dalam bilik. Bukan sahaja cantik, ia kelihatan lebih kemas dan teratur. Kebiasaannya, pemilik rumah akan menggunakan khidmat kontraktor untuk membina build in wardrobe ni. Bila dah panggil kontraktor, pastinya harga boleh buat kita pengsan.

Bagi anda yang rajin dan suka buat DIY, tunjukkan step-by-step lengkap untuk membina sebuah build in wardrobe berukuran 1600mm x 2600mm

Assalamualaikum..nak share 80% DIY wardrobe anak saya size 1600mmX2600mm ,saya tanya kedai buat perabot dengan custom full height build-in wardrobe kedai quote dalam RM 2600 keatas( mdf atau chipboard).

So saya decide buat sendiri je. Guna plywood dengan kayu 2×1 untuk body.sliding door guna aluminium frame. plywood besar saya potong siap dikedai. Boleh la untuk kegunaan sendiri. dalam perancangan nak tampal formica. Nampak sikit macam beli kat kedai. Tapi kekurangan bajet. so saya cat je la buat masa ni. lagipun kerja nk pasang formica ni rumit sikit.semua gambar2 tu masih kayu asal. blom syalek, cat atau tampal formica.

Bahan-bahan:

Body:
– plywood 3mm ( body ) 2 keping – RM20 sekeping (RM40)
– kayu 2×1 (2 ikat 20 btg )- RM75 seikat -(RM150 )
– aluminium alang gantung baju 16′ sebatang rm16buat rangka terus fixed ke dinding

sliding door
– antijump aluminium kiri kanan – 2 batang sbtg RM40 (RM80)
– centre and top aluminium – 1 btg – RM25
– bottom aluminium utk roda – 1 btg – rm40
– track atas bawah – set RM70
– roda full set RM9.50aluminium frame dgn plywood utk sliding door

plywood 3mm 2 keping rm40
kayu kayu beli di hardware furniture.mmg khas kayu utk perabot.jgn beli dkt hardware biasa.boleh pakai.tp kurang cantik

lain-lain
screw ,gam mmg ada lebih dari DIY yg sebelum ni.

kedai kedai yg selalu sy beli brg
aikta furniture hardware sungai chua ( kayu kayu )
teamstar sungai chua ( brg2 accessories furniture )
dragon city / yikloong ( kedai aluminium ) sungai chua



Source link