Artikel Terkini

Bursa Malaysia tinggi semasa akhiri sesi pagi



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh, dalam keadaan kelembapan kenaikan semula harga minyak mentah.

Pada 12.30 tengah hari, indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.40 mata kepada 1,389.95 daripada 1,389.55 ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka 1.8 mata lebih rendah kepada 1,387.75 dan kemudian bergerak di antara 1,384.41 dengan 1,393.56 sepanjang dagangan pagi.

Lingkungan pasaran adalah positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 404 berbanding 392 manakala 365 kaunter tidak berubah, 715 kaunter tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.95 bilion saham bernilai RM1.58 bilion.

Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent turun 0.23 peratus kepada US$30.90 setong.

Bagi kaunter berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing naik dua sen kepada RM7.50 dan RM5.52, IHH Healthcare dan Maxis masing-masing menambah tiga sen kepada RM5.21 dan RM5.31, MISC menokok satu sen RM7.81, CIMB tidak berubah pada RM3.43, TNB turun dua sen kepada RM12.36 dan Public Bank susut lapan sen kepada RM15.98.

Bagi saham aktif, Key Alliance naik 2.5 sen kepada 12 sen, AT Systematization meningkat satu sen kepada 4.5 sen, Rimbunan Sawit menokok empat sen kepada 26 sen, TDM menambah 3.5 sen kepada 24 sen, FGV melonjak 10.5 sen kepada 96.5 sen sementara Sapura Energy dan Perdana Petroleum masing-masing turun setengah sen kepada 8.5 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 14.24 mata kepada 9,760.44, Indeks FBMT 100 meningkat 12.44 mata kepada 9,616.27, Indeks FBM Emas Syariah naik 18.75 mata kepada 10,861.36, FBM ACE merosot 121.62 mata kepada 4,888.26, sementara FBM 70 menokok 55.16 mata kepada 11,841.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 2.83 mata kepada 12,356.93, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.45 mata kepada 120.77, sementara Indeks Perladangan melonjak 57.25 mata kepada 6,309.01.

— BERNAMA





Source link

Related Posts