Uncategorized

Cabaran media sosial: Apa yang dibuat syarikat media sosial tidak memadai – Rakyat Malaysia

Cabaran media sosial: Apa yang dibuat syarikat media sosial tidak memadai - Rakyat Malaysia 1


KUALA LUMPUR: Syarikat atau penyedia platform media sosial dilihat bertanggungjawab dalam memastikan nilai dan kualiti kandungan yang disiarkan bebas unsur negatif.

Ia termasuk menyekat penyebaran kandungan yang berunsur prejudis terhadap kaum, agama, jantina, seksual atau keganasan.

Penganalisis politik dan media sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata tindakan syarikat media sosial pada ketika ini masih tidak memadai dalam mengekang kandungan berunsur negatif.

“Saya setuju bahawa sesetengah penyedia platform media sosial memainkan peranan dalam memastikan keselamatan pengguna seperti menghubungkan informasi termasuk menggodam akaun pengguna.

“Namun, ia tidak memadai dalam menangani atau menapis kandungan berbahaya atau keganasan yang mana mereka perlu mencari algoritma dalam mengekang tindakan sebegitu.

“Jadi syarikat media sosial perlu mencari algoritma alternatif untuk mengekang kandungan sebegitu. Selain syarikat media sosial, kerajaan poersekutuan dan negeri perlu memainkan peranan penting dalam mengawal keselamatan siber,” katanya kepada Astro AWANI.

Menerusi kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI terhadap 1,080 responden, sejumlah 82 peratus menyifatkan ia merupakan tanggungjawab syarikat media sosial.
Menerusi kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI terhadap 1,080 responden, sejumlah 82 peratus menyifatkan ia merupakan tanggungjawab syarikat media sosial.

Malah, 92 peratus responden menyatakan menjadi tanggungjawab syarikat media sosial untuk memastikan kandungan yang disiarkan selamat buat pengguna.

71 peratus bersamaan 629 responden menyifatkan syarikat atau penyedia platform media sosial telah melakukan sesuatu, namun ia tidak memadai.
Mengulas lanjut, Sara berkata syarikat media sosial gagal meramal penggunaan media sosial seperti apa yang terjadi dalam serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu.

“Seiring kemajuan teknologi, bebanan yang ditanggung oleh syarikat media sosial semakin banyak terutama pada masa akan datang. Tidak kira apa platform media sosial, syarikat media sosial gagal mengandaikan bahawa ia boleh digunakan dalam mengancam keselamatan orang ramai.

“Jadi peranan dan cabaran syarikat media sosial kini menjadi tanda tanya, Adakah mereka mampu untuk menangani cabaran-baran semasa seiring kemajuan teknologi.

“Ini adalah sesuatu yang syarikat media sosial perlu fikirkan,” tegasnya lagi.

Berdasarkan kajian yang dibuat pasca serangan di Christchurch, 71 peratus bersamaan 629 responden menyifatkan syarikat atau penyedia platform media sosial telah melakukan sesuatu, namun ia tidak memadai.

Hanya 20 peratus atau 177 responden mengatakan ia memadai, dengan 83 responden bersamaan 9 peratus mengatakan tindakan mereka amat sedikit dalam mengekang kandungan berunsur prejudis terhadap perkauman, agama, jantina, seksual dan keganasan.

majoriti responden iaitu 692 individu atau 70 peratus mengatakan tindakan syarikat atau penyedia media sosial dalam memastikan kandungan selamat buat pengguna, juga tidak memadai.
Selain itu, majoriti responden iaitu 692 individu atau 70 peratus mengatakan tindakan syarikat atau penyedia media sosial dalam memastikan kandungan selamat buat pengguna, juga tidak memadai.

Sementara 205 responden atau 21 peratus mengatakan ia memadai manakala 10 peratus atau 95 responden mengatakan tindakan syarikat media sosial amat sedikit dalam memastikan kandungan yang terdapat di platform mereka selamat buat pengguna.





Source link