Uncategorized

CAEXPO 2019: Reputasi produk tempatan dapat tempat di hati masyarakat China



NANNING: Produk keluaran Malaysia mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran China sekali gus syarikat tempatan yang menyertai di Ekspo China ASEAN (CAEXPO) 2019 berpeluang meraih nilai jualan yang tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Wan Latiff Wan Musa, tidak kira di wilayah mana pun di China, produk Malaysia yang dipasarkan pasti akan mendapat pujian.

“Ini adalah perkara biasa di China. Produk Malaysia mendapat kepercayaan yang tinggi daripada masyarakat China kerana kualiti dan standard yang ada, sekali gus meletakkan Malaysia di atas berbanding pesaing kita yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Astaka Malaysia dan ‘City of Charm’ di CAEXPO 2019, di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking turut melontarkan pandangan yang sama setelah melihat sendiri perkara itu ketika berkunjung ke Ekspo Antarabangsa Import China (CIIE) tahun lepas.

“Saya lihat sendiri produk Malaysia cepat dibeli oleh masyarakat China di Shanghai. Dan untuk CIIE tahun ini, saya dan Wan Latiff akan pergi ke sana.

“Malah saya telah mengarahkan timbalan saya (Ong Kia Ming) untuk pergi dan pastikan pasaran kita lebih terkenal di sana,” jelasnya.





Source link

Related Posts